Jul 5, 2009

#34

Kak Ana: Assalamu’alaikum. Nisa, Kak Ana ni. Boleh tak kamu balik hari ni?

Nisa: Wa’alaikumsalam. Kenapa akak?

Kak Ana: Tuan Kamal! Dia masuk hospital, dapat serangan sakit jantung malam tadi!

Nisa: Ya Allah! Saya balik hari ni jugak akak. Petang sikit saya sampai. Macam mana keadaan dia sekarang?

Kak Ana: Akak pun tak tau. Dr. Fahmi masih di hospital. Nasib baik dia dah balik kelmarin. Kalau tak kami tak tau nak buat apa dah. Dia dah mengadu sakit dada, sesak nafas masa makan malam tadi. Pagi-pagi tadi akak tengok dah tercungap-cungap dia bernafas masa nak bersenam. Mujur jugak masa tu si Akram tu belum pergi kerja.

Nisa: Ya Allah. Salah saya. Saya yang tak jaga Tuan. Saya cuti lama sangat. Saya pentingkan diri.

Kak Ana: Kamu tak salah. Dah benda nak jadi. Kalau kamu ada pun jadi jugak. Kan akak cakap Dr. Fahmi ada, dia yang jaga Tuan 2 hari ni. Lagipun...

Aku meletakkan telefon tanpa sempat mendengar kata-kata seterusnya dari Kak Ana. Tidak sanggup. Airmata juga telah banyak yang mengalir dari tadi. Aku yang salah! Aku tau. Kak Ana hanya cuba menjaga hatiku. Kan lebih mudah jika dia terus menyalahkan aku tadi? Tak perlulah aku mempunyai rasa seperti ini!

Kerana terlalu memikirkan perbualan itu, aku hampir gagal mengawal kenderaan. Aku hampir-hampir terbabas dan merempuh penghadang jalan di lebuhraya. Nasib baik itu tak berlaku kerana jalan kosong, tidak banyak kereta. Aku panik seketika. Rata-rata pemandu yang menyaksikan apa yang berlaku berhenti seketika untuk melihat keadaanku. Jantung aku berdegup laju. Adrenalin juga pantas mengalir dalam darah, reaksi dari keadaan yang mengejutkan itu. Tiba-tiba ada ketukan di tingkap keretaku. Pantas aku menoleh.

Abang Akram?

Tingkap aku turunkan.

Akram: Nisa ok?

Nisa: O..o..ok kot. Terkejut je tadi.

Dia tersenyum dalam seriusnya. Kenapalah aku boleh gagap pulak ni?

Akram: Boleh drive lagi tak ni? Kalau tak boleh, biar abang yang drive.

Nisa: Eh, takpela bang. Kereta abang nanti siapa nak bawak?

Akram: Tak, maksud abang. Kita balik dengan kereta abang. Kereta Nisa ni, kita tunggu peronda lebuhraya datang. Abang dah telefon trak penunda lebuhraya tadi. Nanti kita minta dorang hantar kereta tu ke bengkel. Esok-esok kita ambil la kereta tu.

Eh? Kita? Dia dah buat keputusan untuk aku ke? Baik tak payah tanya kalau macam tu. Cepatnya dia fikir. Tapi, kereta aku ok je ni.

Nisa: Tak payahla abang. Kereta saya ni ok je. Takde rosak apa-apa pun. Tak sempat pun nak rempuh divider tadi.

Akram: Tak boleh la macam tu. Mana tau ada apa-apa jadi masa Nisa tekan brek kuat-kuat tadi. Biarlah hantar ke bengkel dulu. Sekurang-kurangnya boleh dapatkan kepastian, kan? Lagipun jauh lagi perjalanan ni kan? Baik kita periksa dulu, karang kalau kemalangan lagi siapa susah? Kali ni nasib baik Nisa tak langgar apa-apa. Kalau lepas ni jadi lagi, macam mana? Abang tak rasa brek ni kuat lagi lepas kes tadi.

Nisa: Jangan la, Nisa tak nak accident lagi. Takut. Nisa ikut abang je la kalau macam tu.

Akram: Macam tu la. Ha, tu pun penunda dah sampai. Jom. Naik kereta abang. Nisa tunggu dalam kereta, abang bincang kejap dengan Encik Penunda tu. Minum air mineral tu. Buat hilang rasa terkejut tadi.

Dia pantas membukakan pintu kereta dan menghantar aku ke keretanya walau aku tahu tindakan itu tidak perlu. Aku tidak cedera, hanya terkejut. Di dalam kereta, aku memerhatikan dia berbincang dengan pihak penunda yang datang, sambil minum. Seorang lelaki India. Encik Penunda! Hampir terlepas tawa aku mendengar gelaran yang diberinya kepada pemandu trak penunda itu tadi. Tapi melihatkan wajahnya yang serius, cepat-cepat aku mematikan senyum yang mula beriak di pinggir bibir. Tidak lama, kerana aku terpandang wajahku di cermin sisi keretanya. Pucat rupanya! Patutlah dia menghantar aku tadi! Wajahku ternyata pucat, kesan kejutan berganda yang diterima pada hari ini. Mungkin atas sebab itu juga, dia membuat keputusan tidak membenarkan aku memandu pulang ke Sungai Manik sementelah perjalanan masih jauh. Memakan hampir satu jam setengah perjalanan.

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape