Jul 5, 2009

#36

Akram: Nisa suka lagu ni?

Nisa: Ha? Suka. Sangat. Dah lama tak layan lagu-lagu lama macam ni.

Akram: Yeke? Jarang orang perempuan suka lagu evergreen macam ni.

Nisa: Heh. Ye eh? Kenapa? Salah ke Nisa suka?

Akram: Tak salah. Baguslah, abang pun suka lagu macam ni jugak. Oh ye, lagu ni abang tujukan khas untuk Nisa.

Nisa: Ada-ada je la abang ni. Terima kasih sebab tolong Nisa tadi. Boleh pulak kebetulan abang lalu situ ye?

Akram: Mana ada kebetulan. Memang abang nak jemput Nisa dari rumah sebenarnya. Ayah suruh pagi tadi. Tau-tau Nisa dah dalam perjalanan. Sebab tu abang ikut je dari belakang, sampai la Nisa kemalangan tadi.

Nisa: Tuan Kamal suruh jemput Nisa? Tapi kenapa?

Akram: Sebab dia tau Nisa macam mana la. Kelam-kabut. Pastu mesti tak habis-habis nak salahkan diri sendiri kan?

Aku hanya menyeringai. Mengiyakan kata-katanya. Sedikit terharu dengan kebenaran bahawa dia dihantar untuk menjemputku? Apakah tujuannya? Supaya kami sempat berkenalan? Supaya kami sempat menyesuaikan diri sebelum majlis perkahwinan yang tinggal sedikit waktu sahaja lagi.

Nisa: Oo..macam tu rupanya. Apa-apa pun terima kasih. Tapi kenapa mesti abang yang datang?

Akram: Entah. Abang dari Shah Alam pagi tadi. Ayah suruh abang singgah jemput Nisa dulu sebelum balik ke Perak. Abang Shah dan yang lain-lain sibuk kat kilang, ada masalah sikit dengan pembekal. Sebab tu pun ayah sakit.

Lagi-lagi Abang Shah. Takde nama lain ke nak sebut? Kenapa la semua orang nak kaitkan aku dengan dia? Rupa-rupanya ada masalah. Jadi memang benar bukan salah aku. Ish. Selalu betul aku sangka yang bukan-bukan. Bila lah aku nak kurangkan sikap paranoid dalam diri ini? Sikap yang sungguh merimaskan orang di sekelilingku, yang menyebabkan aku akhirnya keseorangan mengisi zaman di universiti dahulu. Kawan-kawan tidak tahan mendengarkan andaian aku yang macam-macam, yang terkadang tidak masuk akal, dan terkadang sungguh di luar fikiran. Akhirnya, ramai yang memilih membiarkan aku tenggelam dalam dunia andaian aku sendiri.

Nisa: Oo.. Ayah abang masuk hospital mana ya? Nisa lupa pulak nak tanya Kak Ana tadi.

Akram: Ha, tu salah satu sebab jugak ayah suruh abang jemput Nisa. Karang ada orang tercangak sorang-sorang kat depan rumah. Ayah dekat wad di Hospital Pantai, Ipoh.

Nisa: Hehe. Owh, okey.

Kami kembali diam. Melayan perasaan masing-masing. Jarak perjalanan juga kian dekat, lebih kurang 15 minit untuk tiba di hospital. Aku kembali berdebar, memikirkan cara untuk berhadapan dengan Dr. Fahmi nanti. Untuk kesekian kalinya, sikap paranoid aku kembali lagi. Aku memikirkan perkara terburuk yang mungkin berlaku. Ya, Dr. Fahmi akan menengking dan memarahi aku di hadapan semua orang di dalam wad Tuan Kamal nanti. Itulah yang akan berlaku, terka aku berasaskan kepada ketegasannya padaku selama ini.

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape