Jul 5, 2009

#37


Seperti yang dimaklumkan, Tuan Kamal berada dalam keadaan baik kerana dia dirawat dengan segera setelah terkena serangan. Dr. Fahmi juga tidak langsung menyalahkan aku. Tiada langsung kata-kata marah keluar dari mulutnya. Tetapi, ketika aku berdiri di sudut bilik rawatan, dia mendekati aku dan mengingatkan aku supaya menjaga Tuan Kamal dengan lebih baik dan teliti selepas ini. Dia telah mengalami dua kali serangan. Maka, kemungkinan untuk menghadapi keadaan kritikal seperti lumpuh selepas serangan yang ketiga adalah sangat tinggi. Tuan Kamal juga masih dalam keadaan sedikit tegang, memandangkan masalah yang melanda syarikat yang telah diusahakannya dengan begitu gigih semenjak usianya muda remaja.

Doktor mengarahkan Tuan Kamal ditahan sehingga esok petang. Jika keadaannya benar-benar stabil, dia akan dibenarkan pulang. Aku menunggu dan menemaninya pada malam itu, memandangkan yang lain telah pun mengambil giliran menemaninya sebelum itu. Setelah dia melelapkan mata, Abang Akram muncul. Aku memintanya pulang kerana aku ada untuk menjaga ayahnya. Dia enggan, dengan alasan dia akan diperlukan jika Tuan Kamal mahu bergerak ke tandas nanti. Menyetujui kenyataannya, aku tidak berkata-kata lebih lanjut dan terus membuka ruang untuk dia berada di sisi ayahnya.

Kehadiran Abang Akram di bilik itu menyebabkan aku sukar melelapkan mata. Pelupuk mata terasa berat, tetapi aku tidak mahu lena. Hati bagai ditarik-tarik untuk mengajaknya berbual, bertanyakan keadaannya dan situasi di kilang, serta masalah yang menimpa. Pelik juga. Bagaimana rasa itu datang seiring bayu yang menerpa halus kulit muka. Perlahan, tetapi tetap terkesan. Pelbagai pertanyaan aku rangka dan susun dalam kepala supaya perbualan itu tidak menjadi terlalu tegang atau terlalu sunyi hingga terputus bicara. Tetapi, mulutku terkunci. Segan untuk memulakan kata. Takut mengganggu dia yang ingin berehat melepaskan tekanan.

Akram: Nisa, kenapa tak tidur lagi?

Eh?

Nisa: Em.. Tak tau la saya kenapa. Mengantuk, tapi mata taknak lelap.

Akram: Kalau macam tu, Nisa teman abang berbual la ye? Abang pun tak boleh nak tidur ni.

Nisa: Okey jugak. Tapi nak cakap pasal apa?

Akram: Banyak. Pasal apa yang berlaku hari ni, semalam, pasal Nisa, pasal abang, pasal kita.

Nisa: Pasal kita? Maksud abang.

Akram: Hehe. Takde apa-apa. Nisa salah dengar tu. Abang tak sebut pun yang tu. So, Nisa dah ok?

Bermula dengan penafian itu, kami berbual tentang banyak perkara sepanjang malam. Banyak perkara yang kami bualkan. Kisah hidupnya semasa zaman universiti juga diceritakan. Keadaannya di tempat kerja. Dia memulakan tugas selaku pengurus di KaTeCom setelah menamatkan pengajian di sebuah universiti tempatan dalam pengkhususan Pengurusan Perniagaan sekitar tahun 2003. Dia mula mengambil alih jawatan Pengarah Urusan menggantikan Tuan Kamal pada tahun 2007, setelah Tuan Kamal mula mengalami masalah kesihatan. Setelah keadaan syarikat kembali kukuh dan Abang Adrian mula bertugas, dia kembali ke cawangan syarikat di Teluk Intan bagu memudahkannya untuk menjaga ayahnya. Tugas-tugas menguruskan syarikat dibahagi dua bersama adiknya. Segala keputusan dibuat bersama dan perlu kepada persetujuan mereka berdua supaya tiada pergaduhan yang melibatkan perebutan harta dan kuasa pada masa hadapan.

Tentang masalah di syarikat, rupa-rupanya kelewatan penghantaran bahan mentah untuk produk fabrik baru yang menghenyak fikiran Tuan Kamal. Ditambah pula dengan produk baru itu adalah untuk kegunaan sebuah syarikat besar yang sangat berpengaruh dalam negara. Kelambatan pasti sangat menjejaskan prestasi syarikat. Pastinya semua orang berada dalam tekanan yang sangat tinggi. Berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh Abang Akram, masalah itu masih lagi diuruskan dan sedang dalam perbincangan dengan pihak pembekal. Dia datang menemani Tuan Kamal pada malam itu kerana pagi esoknya dia akan bertolak ke Shah Alam, menyusul Abang Shah dan Abang Adrian di sana. dia akan menginap di Shah Alam untuk beberapa hari selepas itu sehinggalah masalah kelewatan itu mula reda dan menemui penyelesaian yang wajar. Katanya, dia akan menyewa hotel yang sama dengan Abang Shah di sana nanti. Aku kurang maklum sebab dia memaklumkan tentang itu kepadaku. Sama ada untuk memberitahu tentang dirinya atau mengkhabarkan keadaan Abang Shah yang sudah lama tidak kutemui.

3 comments:

MaY_LiN said...

oho..
date kat sepital yea..
bagus2..

comei said...

hahaha MaY_LiN
tu bkn date tu hahaha

erm, akram nampak cam ok
ok la kot dgn nisa hihi

MaY_LiN said...

huhu..
ala..
tn kamal titun..
kire nisa date ngan akram la..
hihihi