Jul 7, 2009

#44 [Tamat]

Selepas tetamu terakhir berangkat pulang, adik dan kak aina datang mengucap tahniah padaku. Senyuman yang sinis terukir di bibir. Adik sempat berbisik – menyatakan kesesuaian taraf kami berdua. Itu lagi? Balik-balik hal asal-usul yang dibangkitkan. Aku bosan. Jelak. Mengapa tidak cuba memandang sesiapa jua dari sifat peribadi mereka? Melihat akhlak. Bukankah itu lebih baik? Untuk apa memecah-belahkan persaudaraan dalam agama dengan anggapan dan pandangan enteng yang tidak perlu? Aah, ceteknya fikiran! Lucu juga memikirkan sikap manusia. Entah bila mereka akan matang? Rasa ingin mencabar diri supaya menjadi pemerhati. Memerhatikan sampai bila mereka akan kekal dengan fi’il seperti itu. Juga memerhati sampai bila hati mampu bertahan dengan suasana yang selalu tegang dan sinikal ini.

Malam itu, kami solat bersama. Berjemaah. Buat pertama kalinya dia mengimami aku. Langkah pertama dalam melayari bahtera hidup bernama perkahwinan. Aku berasa lebih khusyuk. Tenang. Diharapkan keadaan ini akan kekal dan sentiasa menjadi lebih baik pada masa hadapan. Aku akan berusaha menjadi isteri yang terbaik. Selamat tinggal Shahrul Azhar! Selamat jalan Kamal Akram! Selamat datang Sahizul Anuar! Semoga hadirmu diiring Mikail. Membuka luas pintu kebahagiaan. Merangkul kuat cahaya kedamaian. Menutup rapat ruang kedukaan. Menghantar jauh panggilan lara. Dalam tangis syahdu, aku mengaminkan doanya. Meminta usia perkahwinan kami sentiasa dihurung rahmat dan dihiasi keberkatan. Hingga akhir. Mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan roh kedua ibu bapa kami yang telah lama lena di hujung bumi, di hujung lahad. Semoga seksaan diringankan. Semoga kami tergolong dalam golongan hamba-Nya yang soleh dan solehah, supaya kiriman doa kami dapat membantu mereka. Sebab doa anak yang soleh akan menolong meringankan seksaan dan memberatkan timbangan amal di padang mahsyar nanti. Semoga terang pusara mereka dengan suluhan amal. Amin.

Aku tahu. Adik dan Kak Aina akan terus mengganggu. Selagi tidak hilang istilah khianat dan hasad dalam hati, selagi itulah aku akan terus diburu. Akan terus dikejar hingga ke hujung dunia sekalipun. Emak nampaknya sudah sedikit berubah. Mungkin amarahnya telah mula bertiup pergi sejak malam itu. Kisah yang disisip kemas dalam ingatannya telah dilepaskan laharnya oleh adik, menyebabkan beban tanggungannya terasa ringan. Pundaknya tidak lagi terbeban. Usia tuanya juga menghalangnya untuk terus menyimpan dendam. Apa jua yang difikirkan mereka, aku meyakini, aku akan terus tabah. Menjalani hidup yang menduga sabar dari hari ke hari. Sepahit mana dugaan yang datang, seberat mana halangan menghadang, aku akan terus mendepani. Bak seekor tikus yang kerdil. Walau kecil, tetapi penuh waspada. Aku akan terus bahagia – di bawah payung kasih seorang lelaki bernama suami. Di dalam rahmat dan kurnia Tuhan yang Maha Esa, yang sentiasa di sisi hamba yang taat. Kerana aku seorang Khairunnisa!

12 comments:

MaY_LiN said...

ala..
xpuas bc lg..
nk tau napa aina xsk nisa..
mcmana shah blh sk nisa
sp yg msj2 nisa sbnrnya..
ke kembar shah..
hihihi
demandnye kamu neh..

rahmah said...

nak sambung eyh?
mmg ada dlm cdgn, cuma idea belum cukup mantap lg.. harap MaY_LiN, alom, Am, sue, comei, dan lain-lain x kisah nak tunggu..

Anonymous said...

betul...betul...sy sokong May Lin...
nk tau gaks naper c Aina x suka ngan Nisa...
ke sbb Aina mmg suka kt Abg shah????

comei said...

hehehe
mmg sambung la...
cam tergantung aje hihihi

nway, thanks ya tuk ending yg sweet
yeahhh =)

comei said...

jup2 tanya
MaY_LiN...
shah ada kembar ke?

MaY_LiN said...

pe la comei yang tomei ni..
leh panjangkan idea cik penulis kite neh..
mane la tau..
c shah ader kem ke..
hikhikhik..
jgn mare yea kawan2..

rahmahmokhtaruddin said...

kembar? hmmm.. menarik idea tuh...

rahmahmokhtaruddin said...
This comment has been removed by the author.
rahmahmokhtaruddin said...

testing comment setting..

Anonymous said...

this story is so boring.. perbanyakkan dialog..untuk menjadikn cerita tersebut tampak ceria & dapat menarik perhatian pembaca.. Cerita ni mcm karangan jer...imaginasi haruslah kuat.. sorry jika komen ini menyinggung perasaan penulis..=). But it's good to improve ur karya..=)

rahmahmokhtaruddin said...
This comment has been removed by the author.
rahmahmokhtaruddin said...

en/cik anonymous: terima kasih untuk komen. lebih baik kalau saudara/i tinggalkan nama/emel untuk membuka ruang pertukaran pendapat bagi membaiki tulisan saya.. apa-apa pun, terima kasih..