Jul 22, 2009

KISAH 3

Setelah beberapa bulan berusaha menawan hati Khiriah, ruang untuknya semakin terbuka. Gadis itu semakin percaya dengannya. Perlahan-lahan dia membuka kisah tentang Nisa. Banyak. Mendengar semua kisah tentang Nisa, semakin lebar senyum di pinggir bibirnya. Amat sinis. Cerita terakhir yang disampaikan Khiriah ketika mereka sudah ketandusan idea untuk menghentikan perkahwinan Nisa dengan Abang Akram membuka jalan yang sangat luas. Dia tidak pernah menyangka Nisa bukan kakak kandung Khiriah! Barulah fikirannya dapat mencantumkan segala cerita-cerita Khiriah tentang gadis itu. Perihal punca kebencian meluap-lupa yang membebani pundak gadisnya. Sebabnya memang sangat menjengkelkan! Aku yang baru mengenali Nisa kurang dari setahun pun sudah mempunyai rasa semacam ini, entah bagaimana Khiriah menanggungnya sejak kecil?

Memuncak kebenciannya mendengarkan kisah hidup Nisa sejak kecil. Asalnya bukan dari kalangan orang yang baik-baik. Bertuah benar perempuan itu kerana diterima oleh ayah Khiriah dan dijadikan anak angkat. Padanlah emaknya tidak pernah rela menghulur kasih. Jijik. Jika aku di tempat yang sama, tentu aku akan mengambil tindakan yang sama. Mengapalah Nisa tidak pernah berterima kasih terhadap Khiriah yang sanggup menyimpan kemas rahsia hidupnya hingga kini? Tersayat dia melihat airmata Khiriah yang mengalir laju ketika mengkhabarkan peristiwa ayahnya membuat keputusan membawa Nisa ke dalam hidup mereka. Sekuat mana pun emaknya menolak, tetap tidak diendahkan. Akibatnya, kelahiran Khiriah yang seharusnya menggembirakan bagai dipandang sepi oleh ayahnya yang ketika itu sedang sibuk menguruskan Nisa yang sakit saat itu.

Bagaimanalah ayahnya tega membiarkan emak mereka terkapai-kapai keseorangan ketika menyambut kelahiran bayi mereka? Zuriatnya sendiri? Sungguh kejam. Walau dia hadir mengiqamatkan Khiriah, mengucapkan terima kasih kerana kesanggupannya melahirkan bayi comel itu untuknya, fikirannya tetap mengingatkan Nisa. Nisa yang sedang sakit. Nisa, anak kecil malang yang keseorangan. Nisa, gadis cilik yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ayah. Nisa yang kononnya sedang terlantar di wad kerana demam panas! Ah, memang anak haram! Sejak kecil sudah menyusahkan Khiriah yang tidak bersalah!

Mengertilah aku akan sebab kuatnya amarah yang terkandung di dalam dada gadis bernama Khiriah ini. Fahamlah aku dengan tindakannya yang sering berlandaskan pemberontakan itu. Segala perkara yang pernah berlaku perlahan-lahan bercantum antara satu sama lain, membentuk jaringan yang tak berpenghujung. Rangkaian bersambung-sambung yang tidak mempunyai titik mula atau penamat. Memang keadaan yang tenat dan memenatkan. Andai aku berada di pihak Khiriah, tentu aku turut merasai keletihannya. Pasti aku lelah dengan belitan peristiwa lama yang cukup merimaskan. Memang dia gadis tabah. Dia akur menghadapi kenyataan hidupnya. Tetapi sabar sesiapa pun pasti ada hadnya. Aku nampak nyala dan percikan api dalam anak mata gadis itu. Sudah terlalu lama dia menyimpan marahnya. Cukup panjang tempoh dia menyembunyikan rasa dukanya. Lahar itu nampaknya telah sampai ke hujung. Menanti masa dan punca untuk meletus, menghancur segala onak dan denai yang selama ini mengekang rasa, menghimpit ceria.


5 comments:

MaY_LiN said...

ala..wak..
kite pening la..
bukan ke nisa kawin ngan abg shah..
nape akram lak..
kompius la..

rahmahmokhtaruddin said...

ye cik MaY_LiN, harap jgn keliru ye? kan semua org ingat dia kahwin dgn akram.. kira macam tu la..

comei said...

waa confius...
akram ke shah?
sbb bab 1 kan tulis suaminya shah?
erm ke i miss sumething?

lupe lak...
akram & shah tu org yg berbeza kan?
tapi dua2 anak Tuan Kamal?
kan2?

Che Sue said...

cik rahmah...
makin bertambah la org yg tak suka kat nisa nih...

memang tu, bukannye suami nisa tu shah ker...?dan shah adalah anak angkat tuan kamal kan..!

rahmahmokhtaruddin said...

wah, maaf la kalau sy buat semua org keliru..

mmg nisa kahwin dgn shah, tp awal2 semua org ingt tuan kamal pinang dia utk akram.

part ni kira mcm luahan hati aina, dr awal dia mula jumpa nisa..harap semua faham, kalau tak faham, kenalah saya ubah sikit =)

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape