Aug 9, 2009

KISAH 10

Hari keempat. Longlai. Tenaga hilang, seperti terserap dalam diamnya. Azhar sudah tidak menghubungi. Tetapi mengapa dia masih seperti itu? Apakah yang telah mereka bualkan? Kenapa begini hebat impaknya pada suamiku? Ada masalah di kilangkah? Haruskah aku bertanyakan Abang Akram? Ah, aku tak mampu berdiam lagi. Terasa ingin memekik padanya bertanyakan asbabnya. Aku sudah enggan memerhati. Aku sudah tidak mahu menjadi tunggul. Sangat perit. Aku rindu belai kasihnya. Aku damba gurauan dan usikannya. Aku merinduinya. Aku mahu suamiku. Tetapi akal dan hatiku terhalang dengan kebisuan lelaki itu. Semua rasa hanya terluah di dalam hati. Cuma dibicarakan di dalam mimpi.

Memasuki hari kelima, aku buntu. Dia kelihatannya semakin sering berbicara di telefon, nampak sibuk dengan urusan yang sangat penting aku kira. Entah hal apa, tidak pula dia memberitahu. Kusut benar nampaknya, hingga tidak sempat langsung menyapaku. Kisah tentang Azhar langsung senyap. Aku juga tak berani membuka mulut dan bertanya, takut tersalah masa. Kegusaran yang terpendam memungkinkan aku bertanya yang bukan-bukan dan menjadi seorang yang kurang sabar. Manalah tahu, dia marah denganku. Terfikir juga, aku buat salah besarkah? Jika ya, maklumkanlah wahai abang. Janganlah dera hatiku begini. Usahlah seksa batinku lagi.

Rutinnya masih tidak kembali. Melepasi waktu Zohor, telefon rumah berdering kuat. Mematikan segala lamunan dan hentaman fikiran sejak tadi. Menghadirkan debaran kuat yang menyesak. Azharkah? Deringan kubiar lama. Mati. Panggilan berterusan lagi. Masuk panggilan ketiga, aku tetapkan hati. Panggilan itu aku jawab, penuh berhati-hati.

Nisa: Assalamu’alaikum.

Abang Shah: Wa’alaikum salam. Sayang pergi mana tadi? Lama abang call baru nak jawab ni?

Nisa: Abang ke yang telefon dari tadi? Kenapa tak telefon handset je? Nisa bukan taknak jawab tadi, Nisa er.. Nisa...

Abang Shah: Hmm... Saja je nak guna telefon rumah. Nisa takut Azhar call ye?

Nisa: Em, a’ah. Ni abang telefon ada apa?

Abang Shah: Tak, Insya Allah budak tu tak kacau Nisa dah. Dia dah janji dengan abang. Amboi, takkan abang tak boleh nak telefon isteri sendiri?

Nisa: Hehe, mestilah boleh. Tapi abang jarang call waktu macam ni, sebab tu Nisa tanya.

Abang Shah: Yeke? Peka betul sayang abang ni. Ni, malam nanti kita dinner kat luar ye? Nisa tak payah masak tau. Nanti lepas Maghrib kita keluar. Lama rasanya kita tak dating kan?

Nisa: Ooo. Nak ajak keluar? Terima kasih. Boleh Nisa tanya atas sebab apa tiba-tiba nak ajak dating ni?

Abang Shah: Sama-sama sayang. Sebab? Sebab abang dah 5 hari biar Nisa sorang-sorang. Jadi, abang nak minta maaf kat isteri abang yang sorang ni. Boleh terima tak alasan abang?

Aku ketawa sahaja dengan jawapannya. Lega. Senang hati.

Abang Shah: Ok sayang. Jumpa petang nanti. Love you. Salam rindu.

Nisa: Sayang abang jugak. Salam.

Bertitik tolak dari panggilan itu, aku senyum hingga ke petang. Gembira. Syukran Ya Rabb, dia telah ‘kembali’. Terima kasih kerana Kau perkenankan permintaanku kali ini.

3 comments:

MaY_LiN said...

oho..
suke nye nisa..
dating yea..

comei said...

waaa byk tertinggal ni
sib baek smpt menjenguk hihii

ok da tu, suda berbaik...
abg shah sgt cool ye
releks je hihihi

nisa pun cm isteri yg solehah la
sgt2 syg her hubby
bguih3x

Che Sue said...

oooo...rupa2nyer shah sja jer nak test nisa ye...

tp dah berbaik2 tu ok la...
ker ada sesuatu will come up?

waiting for next n3...

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape