Aug 13, 2009

KISAH 12


Suasana makan malam di restoran itu tenang. Muzik sentimental mengiringi kami sepanjang sesi kami makan. Sangat romantik. Meninggalkan kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan. Dalam masa yang sama, kerisauanku tentang Azhar terbang entah ke mana. Aku suka, berpeluang melihat mukanya yang riang, dalam cahaya suram lampu kuning di sudut kecil restoran ini. Comel betul dia. Tergelak manja, tersengih selalu. Jarak waktu lima hari menyebabkan kami memendam rindu, menyusun kasih yang dalam. Hari ini, malam ini segalanya bagai tak sabar-sabar untuk keluar, menikmati keindahan sebuah alam bernama rumahtangga. Aku memandang, dia merenung. Lama. Akhirnya, dia memulakan bicara setelah muzik iringan berhenti dimainkan.

Abang Shah: Nisa, abang ada cerita nak bagitau ni. Tapi abang harap Nisa dapat sabar bila tau nanti.

Nisa: Ya bang. Abang ceritalah, insya Allah saya boleh terima kalau mampu. Tentang apa tu bang?

Abang Shah: Mmm..pasal kawan Nisa tu, Shahrul Azhar.

Tersentak. Begitu bersahaja dia menuturkan nama itu, sedang aku terus tergamam. Bagai terhenti degupan jantungku sekejap.

Abang Shah: Nisa? Ok ke? Dengar tak abang cakap?

Nisa: Ha? Apa bang?

Abang Shah: Abang tanya, Nisa ok ke? Dengar tak abang cakap tadi?

Nisa: Oo. Dengar bang. Nisa ok. Kenapa dengan dia ya?

Abang Shah: Abang jumpa dia tadi. Terkejut sangat masa nampak dia. Tergamam abang sekejap. Dia pun macam tu jugak.

Nisa: Kenapa macam tu pulak?

Abang Shah: Mesti Nisa terkejut kalau jumpa dia. Tengahari esok abang nak jumpa dia lagi. Banyak hal nak bincang.

Nisa: Banyak hal? Hal apa pula abang nak bincang dengan dia?

Abang Shah: Haha. Hal orang lelaki la. Mana boleh bagitau Nisa, betul tak?

Nisa: Ala, abang ni. Nisa tanya betul-betul. Abang main-main pulak.

Abang Shah: Merajuk ke sayang abang ni? Ala manja, intan payung, permata hati.

Nisa: Haha. Macam-macam abang ni. Ada je idea nak mengusik.

Makin galak dia ketawa. Tertawa yang melepaskan semua bebanan fikiran dan tekanan kerja yang mendera. Aku senang hati dengan keadaan macam ini. Terbang semua beban dalam hati melihat dia tergelak riang macam itu. Biarlah semua mata dalam restoran ini memandang, aku tak mahu ambil pusing. Ini dunia kami berdua. Saat ini, aku merasakan diriku seperti seorang ibu yang sedang tersenyum melihat anak yang baru dilahirkan setelah 9 bulan dikandungkan dan mendengar tangisan pertamanya. Tangisan yang meleraikan segala kesakitan yang dirasai sewaktu mengandung dan melahirkan insan kecil itu ke dunia. Tentunya sakit yang aku rasa itu tidak sama dengan kesakitan seorang ibu melahirkan anak, takkan terbanding rasanya. Tapi, buat masa ini itulah yang aku alami. Bahagia. Selamat. Keyakinan diri telah kembali. Yang tinggal hanya usaha aku sendiri untuk mengukuhkan semula rasa itu dalam diri. Rasa yang sirna seketika setelah ‘dibiarkan’ hanya untuk beberapa hari!

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape