Aug 13, 2009

KISAH 13


Akhirnya. Selesai juga kerja. Mesin sulam itu telah berjaya dibaiki. Pengeluaran kain sulam boleh disambung semula. Encik Malik nampaknya telah dapat menerima alasan tempahannya lewat disiapkan akibat kegagalan mesin berfungsi. Teringat juga aku, ketika semuanya berlaku serentak. Kilang, Nisa, Azhar dan rumahtangga kami. Hal merahsiakan masalah dari pengetahuan ayah lagi. Hampir aku hilang pertimbangan apabila pelanggan itu mula menengking, bertanyakan tempahannya. Etika professionalku hampir sahaja melayang, akibat tekanan yang beitu kuat. Nasiblah Akram bertindak pantas. Memahami aku sedang mengalami masalah emosi kerana rumahtangga, cepat-cepat dia menarik Encik Malik dan menanganinya.

Aku? Diarah menyelesaikan masalah mesin itu. Melakukan yang terbaik supaya pengeluaran dapat disambung secepat mungkin. Jurutera syarikat dihubungi. Setelah diperiksa, motor mesin harus diganti kerana sudah rosak. Syarikat pengeluar dimaklumkan supaya menghantar alat ganti seberapa segera yang boleh. Nasibku baik, alat ganti ada dalam stok. Jika tidak, tentu kami terpaksa menanti berminggu-minggu untuknya. Jika ia terjadi, kemungkinan kami kehilangan pelanggan penting seperti Encik Malik adalah sangat tinggi.

Kata Akram, orang yang sedang marah, dan tidak stabil lebih baik dibiarkan berurusan dengan benda tak bernyawa. Atas alasan yang sama, dia tidak membenarkan aku berurusan dengan Encik Malik walau itu tanggungjawabku yang sebenarnya. Sememangnya dia seorang yang prihatin. Ah, betapa aku sangat menyayangi Nisa. Kesabaranku begitu mudah terhakis melihatkan dia ditimpa kesukaran. Bahaya, aku perlu betulkan keadaan ini. Sifat ini perlu dikikis segera supaya tidak memudaratkan di kemudian hari. Aku harus selalu bersabar, supaya tidak mudah kalah dengan nafsu. Bukankah lelaki itu dilahirkan untuk memimpin? Sebagai pemimpin, aku perlu selalu rasional dan tidak mengikut tuntutan perasaan semata-mata.

Sejurus selesai dengan pembaikian mesin, aku menghubungi Azhar. Berhasrat menyelesaikan masalah yang memberati. Memohon dia berhenti mengganggu Nisa, supaya tiada hati yang terus terluka. Juga meminta sebuah perjumpaan, untuk kebaikan bersama. Dia dengan pantas memberi persetujuan, mungkin mahu berbicara dari hati ke hati, antara lelaki. Jujur, aku tak memahami hati lelakinya. Mengapa dia enggan melepaskan isteriku? Jika benar dia menyayangi, mengapa dia membiarkan gadis itu bersendirian dahulu? Kenapa harus kembali setelah aku memiliki? Aku tak mengerti. Maka, aku perlu meminta jawapannya hari ini! Segalanya harus diselesaikan hari ini. Semoga tiada lagi halangan yang menangguhkan pertemuan ini.

Kami bersetuju untuk bertemu dia sebuah restoran di tengah bandar Ipoh. Jauh dari Sungai Manik, dengan harapan tiada yang mengenali. Tidak terlalu jauh, sehingga menghalang aku pulang ke rumah pada waktu. Segera aku meminta cuti separuh hari. Tidak mahu ada urusan lain yang mengacau emosi. Cukuplah aku terpaksa mengabaikan hal peribadi buat seketika. Kasihan Nisa terpaksa menunggu lama untukku ‘pulang’. Tentu dia telah bersangka yang tidak-tidak. Susah hati memikirkan yang aku mungkin marah dengan kehadiran semula Azhar dalam hidupnya. Aku tak pernah memarahinya. Tak pernah wakau sekelumit rasa itu hadir dalam diri untuk dihambur padanya. Wanita naif itu. Dia tak pernah engkar padaku. Selalu sayang padaku dengan tulus. Sikapnya itulah yang sentiasa menyenangkan aku. Memang aku tak salah pilih. Dia seorang isteri yang setia. Itulah hadiah termahal yang pernah aku miliki. Seorang isteri yang taat, ganjaran penantianku yang begitu lama untuknya.

1 comment:

MaY_LiN said...

ala rahmah..
nak tau gak ape yg dorg bincang tu..
nape azhar ganggu nisa..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape