Aug 17, 2009

KISAH 15


Shahizul Anuar bin Abdullah. Shahrul Azhar bin Abdullah. Dua nama yang tak jauh berbeza. Nama cantik itu telah diberi untuk mereka berdua. Ketika itu suamiku menemui seorang bayi comel di atas tangga surau 28 tahun lalu. Seorang jiran pula telah terlebih dahulu menemui seorang bayi lelaki di hadapan pintu rumahnya. Aku cuma sempat melihat wajah salah seorang dari mereka, kerana bayi yang seorang lagi awal-awal telah diserahkan kepada sebuah keluarga. Katanya, buat peneman anak lelaki majikannya. Entah siapa, kami tak pernah tahu. Yang kami tahu, mereka dari kalangan orang yang baik-baik. Tak pernah terdetik pula akan kenyataan kedua bayi itu bersaudara, sedarah sedaging. Nyata, wajah mereka saling tak tumpah. Khilaf kami saat itu, kerana tak memeriksa terlebih dahulu menyebabkan kedua beradik itu terpisah sejak kecil. Berdosanya kami pada mereka.

Pertemuan semula ini mencetuskan satu suasana yang sangat mengharukan. Tiba-tiba aku mempunyai seorang lagi anak lelaki, yang juga baik pekertinya. Penyayang. Hormat orang tua. Sopan. Tampan, elok paras rupa. Hampir-hampir aku terduduk ketika melihat mereka berdua, berdiri gagah di hadapan rumah. Terharu. Mereka tidak menyalahkan kami kerana telah memisahkan ikatan mereka sejak kecil, tanpa disengajakan. Sebaliknya, mereka banyak berterima kasih kerana kami sudi menjaga, memberi ruang teduhan untuk mereka. Kerana keprihatinan kami itu, jadilah mereka sepertimana mereka sekarang. Anak muda yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara. Menjadi manusia yang memanusiakan manusia. Orang berguna. Pastinya itulah intipati doa dan harapan semua orang tua, tak kira di ceruk mana pun mereka berada.

Azhar: Assalamu’alaikum. Bonda! O Bonda! Ada orang datang nak jumpa ni.

Bonda: Wa’alaikum salam. Siapa pula yang nak jumpa orang tua ni? Macam-macam la anak Bonda ni.

Azhar: Ni. Kawan saya Anuar. Bonda kenal tak?

Bonda: Ya Allah. Anuar? Shahizul Anuar?

Shah: Mana Bonda tau nama saya?

Bonda: Bonda agak je. Panjang ceritanya nak. Marilah masuk. Kita cerita panjang kat dalam.

Shah & Azhar: Baik bonda.

Bonda: Macam ni kisahnya. Yang bonda ingatla. Lebih kurang 30 tahun dulu orang sebelah rumah ni ada jumpa seorang bayi. Lebih kurang juga la dengan masa arwah Ayahanda jumpa Azhar. Ada sekali surat beranak dia. Nama budak tu Shahizul Anuar la. Bonda ingat sebab nama tu dengan nama Azhar tak jauh beza.

Shah: Siapa yang jumpa budak tu? Dekat mana?

Bonda: Mak Lah, orang sebelah rumah ni. Tapi dia dengan suami dia dah pindah. Lama dah. Kalau dia ada mesti dia seronok tengok kamu. Setahu Bonda la, dia jumpa budak kecil tu depan rumah dia.

Shah: Mak Lah? Saya tak pernah pula dengar nama tu. Yang jaga saya dari kecik, Kamal namanya Bonda. Kamal Abdullah bin Musa.

Bonda: Tak tau la pulak Bonda pasal tu. Setahu Bonda, nama suami Mak Lah tu Hassan. Dia ambil kamu dulu pun, katanya nak buat kawan anak majikan dia.

Shah: Pak Hassan ke? Dulu dia memang kerja dengan ayah angkat saya tu. Usia saya pun lebih kurang je dengan anak sulung Tuan Kamal. Dia tua beberapa bulan je dari saya.

Bonda: Yela agaknya. Hassan tu dengarnya sekarang dah pindah ke Ipoh. Ikut anak lelaki dia. Tu lah berita terakhir pasal dia yang Bonda tau.

Shah: Kalau pindah ke Ipoh, memang Pak Hassan sekarang tinggal rumah anak dia kat sana.

Bonda: Ya Allah. Kecilnya dunia. Alhamdulillah, korang dua beradik dapat jumpa balik. Bonda minta maaf sebab tak periksa dulu. Kalaulah Bonda jumpa dulu dengan Mak Lah sebelum dia serahkan kamu pada si Kamal tu, tentu kamu berdua tak terpisah macam ni.

Shah: Jangan cakap macam tu Bonda. Bonda tak salah. Malah, kami ni yang beruntung. Sekurang-kurangnya ada juga orang sanggup nak pelihara kami berdua ni, daripada kami hidup merempat tak tentu hala. Terima kasiih untuk semuanya Bonda. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Kami dapat jumpa balik ni dah kira beruntung sangat dah.

Azhar: Betul la Bonda. Janganla sedih, nangis-nangis macam ni. Tak comel dah Bonda Har ni.

Bonda: Ish kamu ni. Ke situ pulak. Bonda bukan sedih. Bonda terharu je. Bertambah anak Bonda lagi sorang ha.

Azhar: Hehe. Har gurau je la Bonda. Jangan marah. Tak masuk syurga Har nanti.

Bonda: Bonda tak marah la sayang. Bonda gembira sangat.


3 comments:

MaY_LiN said...

alahai..
klasik nye..
baonda..ayahanda...
hikhikhik

rahmah said...

haha..
x salah nk klasik skali-skala..
kan comel tu..

Che Sue said...

bertemu gak dua beradik kembar tu!
tak sabar nak tau kisah seterusnya..

bler smbgnnyer rahmah?

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape