Aug 21, 2009

KISAH 21

Aku bersiap-siap untuk pulang sejurus selesai solat Asar. Namun Mak Limah menghalang, kerana hidangan untuk minum petang telah disediakan. Aku duduk semula di meja makan. Tidak sempat panas, Anuar mengajak aku ke meja di luar rumah. Lebih santai. Aku terus bangun tetapi terduduk semula apabila terasa bahuku terlanggar seseorang. Perempuan! Dia terduduk di situ juga. Terpinga-pinga aku.

Dari mana pula budak ni datang? Setahu aku dalam rumah ni takde budak perempuan, semua orang dewasa.

“Aaaa, sori dik. Abang tak nampak adik lalu tadi”.

Dia menoleh. Dum! Rasa nak pengsan. Terkejut. Tergamam. Terpegun. Semua ada. Entah kenapa aku berdebar-debar. Kuat. Bagai nak pecah dada ini. Cantik! Bukan anak-anak, tetapi seorang wanita! Wanita muda yang lawa parasnya. Lembut air mukanya. Tenggelam aku dalam renungan matanya yang sedang cuba menahan sakit itu.

Anuar: Aishah. Okey ke? Sori, saya pun lupa nak cakap kat adik saya ni yang awak ada kat belakang. Sakit ke?

Aishah: Takpela, sikit je. Saya tak apa-apa. Saya pun salah jugak, jalan tak tengok kiri kanan tadi. Saya ke belakang dulu ye?

Anuar: Okey. Maaf ye. Adik abang ni pun cepat sangat terkejutnya. Tengok tu diam tak gerak-gerak. Panah arjuna mana entah dah tikam dia.

Aisyah: Takpe. Saya ok. Sikit je ni. Tengok-tengok la adik abang tu, terkejut sangat nampaknya.

Aishah? Diakah? Siti Aishah binti Abdul Malik? Pembantu peribadi Tuan Kamal? Lawanya! Lebih cantik sewaktu dia malu-malu ditegur oleh Anuar. Aku terlebih pandang diakah? Semakin merah wajahnya aku tengok. Sangat manis. Macam mana Akram boleh selamba je duduk dalam rumah ni? Takkan dia tak jatuh cinta tengok budak cantik, baik, sopan macam ni? Eh, apa yang aku melalut ni? Baguslah kalau dia tak suka, boleh aku cuba. Sekurang-kurangnya ada juga peluang. Mana tahu ni rupanya soulmate aku yang aku tak jumpa-jumpa sebelum ni.

Rupa-rupanya aku masih tidak bergerak. Masih kaku di tempat itu. Keadaanku? Sama seperti semasa perlanggaran aku dengan Nisa dahulu. Langsung tak terdetik untuk bertindak. Hanya tegak, seperti tiang lampu di bahu jalan. Akhirnya, Anuar mencuit bahuku. Memaksa aku melangkah ke meja di luar untuk minum petang. Dia perasankah tindakan aku tadi? Dia marahkah? Jika tidak, kenapa dia seperti menggesa aku tadi? Abaikanlah, dah berlaku pun. Anggapkan sahaja aku terkejut dan itu memang caraku bertindakbalas dengan keadaan, dan dia malu melihatkan aku yang macam tak pernah berjumpa dengan perempuan! Boleh jadi juga dia segan dengan Aisyah yang langsung tak menyalahkan aku, walau aku rasa aku telah melanggarnya dengan kuat tadi! Boleh terimakah sebabku itu? Ah, bolehkan saja!

Baru sahaja aku menyelesakan diri bersantai di luar, sekali lagi aliran darahku terhenti. Terkena kejutan elektrik! Kenapa? Sebab dia! Dia yang sedang menghampiri meja kami. Menatang dulang, melangkah penuh tertib. Membuatkan aku sekali lagi terperangkap dalam minda separa sedar, memerhatinya tanpa mengelipkan mata walau sedetik. Setiap langkahnya menjadi perhatian. Melihat dia begitu sopan menuangkan air, tersentuh hati lelakiku. Aku diulit satu perasaan. Bahagia. Riak tenangnya mempengaruhiku. Tiba-tiba aku rasa telah menemui pelengkap hidupku. Bolehkah segalanya berlaku sepantas ini? Baru sahaja aku mengenangkan Nisa beberapa hari lalu. Kini, aku sudah berperasaan begini. Tidak sampai sejam pun aku berjumpa dengannya! Entah. Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui.

Setelah dia pergi,barulah aku mengalih pandangan ke meja makan. Tersentak aku melihat Anuar dan Akram. Masing-masing sudah mengukir senyum sinis penuh makna di pinggir bibir masing-masing! Ketarakah aku suka gadis itu? Rasanya sangat jelas, sebab kedua-dua abang di hadapanku ini sudah mula memberi isyarat mata padaku supaya menjelaskan tindakanku tadi!


5 comments:

Che Sue said...

azhar dah suka ngan aisyah..!

bagus!jgn hampakan harapan org tau! tak baik...

nisa tak de ye masa tu?
kalau la nisa jumpa ngna azhar apa kata nisa ye sbb dpt tgk azhar sukakan aisyah!

MaY_LiN said...

oho..
azhar..!
nk kn korek mate yea..
dok tgk anak dara org cenggitu..
huhuhu

rahmah said...

hehe..
kite tggu ye sue? mcm mn ye nisa kalau tau?

akak, jgn la korek mata dia..nant sy kene buat watak baru pulak. huhu..

comei said...

Ooo
paham2...

hehehe penat membaca
sebab lme xsinggah
aleh2 amik ko smp epi ke-21 hihihi
cpt toi tuan umah ni menulis =)

rahmah said...

tq comei..cepat eyh? huhu.. skali skala ada idea byk..ni dah ketandusan, slow skit la..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape