Aug 28, 2009

KISAH 22


Kehadiran Azhar menemani Shah ke rumah Tuan Kamal pada hari minggu itu aku tanyakan pada Aisyah. Sebanyak mungkin aku gali. Dia yang tidak mengetahui tentang permusuhan dan kebencianku terhadap Nisa dengan ringan mulut bercerita panjang. Galak. Tak ada satu pun yang tinggal. Semuanya dicerekakan. Tentang rasa terkejut semua orang semasa melihat Azhar buat kali pertama, penerimaan Tuan Kamal, Akram dan Adrian, dan aksi kekok Mak Limah sewaktu masih dalam rasa terperanjat. Tentang kelucuan yang timbul akibat kekeliruan mereka dengan dua wajah yang serupa itu, semuanya diberitahu padaku. Mudahnya kerja. Tak perlu aku susah-susah menjadi penyibuk untuk mengorek berita.

Aina: Akram ok ke? Macam mana muka dia masa tau pasal Azhar?

Aisyah: Tuan Akram? Saya tengok biasa je. Mula-mula tu nampak la dia terkejut, semua orang pun. Sebab muka dua orang tu sama sangat. Ada la salah panggil dua tiga kali.

Aina: Owh. Dia takde cakap apa-apa ke sebab Nisa tak datang sekali?

Aisyah: Pasal Kak Nisa? Takde rasanya. Semua orang sibuk nak tau pasal Azhar, sampai tak teringat nak tanya hal Kak Nisa. Dia diam je masa jumpa tu, dah lama sikit baru rancak cerita panjang.

Aina: Owh. Macam tu ke? Takde orang tanya langsung? Tak pelik ke Nisa tak datang? Setahu saya la, dia dengan Shah tu mana pernah datang asing. Berdua je ke hulu ke hilir.

Aisyah: Tak tau la saya yang tu. Tengok baik je semua. Kenapa? Ada apa-apa yang saya tak tau ke?

Aina: Eh, takde lah. Kalau Aisyah cakap semua ok, ok la tu maknanya.

Huh, belum apa-apa dah panggil Kak Nisa. Meluat aku dengar. Aku ni, tak pula dia nak panggil kakak. Padahal aku lagi tua dari budak Nisa tu. Konon la kesayangan semua orang. Entah apa lah yang kau gula-gulakan budak baru ni Nisa, senang je dia ikut semua cakap kau. Memang perempuan tak guna! Perampas!

Ketiadaan Nisa bersama Shah dan Azhar menghadirkan pelbagai tanda tanya dalam diri. Ada rahsia lainkah yang aku tidak tahu? Jika tiada apa-apa berlaku, mengapa Shah datang tanpa Nisa? Mustahillah dia sengaja meninggalkan Nisa. Mereka berdua selalu bersama. Pasangan bahagia kononnya, tapi mengapa tidak hari ini? Sudah bergolakkah? Sudah hilangkah tenang mereka? Perlukah aku selidik apa yang berlaku? Resahnya aku rasa, memikirkan andai perhubungan mereka berakhir. Akan berlakukah?

Jika iya, akulah orang pertama yang akan rasa tidak senang duduk. Apa pun yang terjadi, akulah yang akan susah kerana Akram akan berpeluang melakukan sesuatu. Aku pasti dia tidak akan menunggu lama untuk mencuri hati gadis itu jika perkara buruk berlaku pada Nisa dan Shah. Aku? Sekali lagi aku akan ditinggalkan. Aku akan kehilangan segala peluang yang ada untuk mendapatkan Akram kembali. Aku tidak akan dapat menariknya keluar, dan dia akan terus kekal dalam impian dan cintanya untuk Nisa. Aku akan menjadi orang yang paling rugi! Dalam sebarang keadaan, sekali lagi aku kalah padanya. Situasi yang membuatkan aku terus membenci. Mengapa dia dengan mudahnya menarik hati lelaki Akram, sedang aku yang telah lama mencuba tetap tidak berjaya? Istilah usaha tangga kejayaan masih belum terealisasi dalam hubungan aku dan Akram. Entah mengapa, aku terus gagal memenangi hati lelakinya. Aku dibiar terus berharap pada sebuah dahan rapuh, hanya menanti masa untuk tersalah langkah dan jatuh terjelepok ke tanah.

Kenapalah aku membiarkan Akram hanyut dalam rasanya pada Nisa? Kalaulah aku dapat mengesan perubahan dirinya lebih awal. Kalaulah aku sempat memujuk perasaannya untuk mencuba menyayangiku. Andainya aku memberi gesaan pada hatinya untuk memandangku, tentu aku tidak merana seperti sekarang. Kenapalah lambat aku mengetahui kewujudan rasa yang bermukim dalam hatinya? Aku asyik menemankan Shah, meladeni ceritanya tentang Nisa, tanpa mengetahui yang gadis itu jugalah yang secara perlahan mencuri hati seorang lelaki bernama Kamal Akram. Dia jugalah yang menyebabkan Akram terus-terusan tidak menyimpan sebarang rasa cinta atau kasih untuk seorang wanita buat aku! Memang dia membawa masalah dalam hidupku! Aku benci Khairunnisa! Benci!

5 comments:

Sue said...

nisa tlh meningkatkan tahap ketidaksukaan aina pd dirinya..

akram bebtul sukakan nisa?
abis tu shah yg kawen ngan nisa..

aina lak dah anggap nisa rampas shah dpd dier...

makin complicated la....
aisyah lak terlalu lurus orgnyer!

Hana Norisa said...

nape nisa tak ikut?
akram suka nisa?
tp nisa kahwin ngan shah?
nisa suka akram x?

rahmah said...

byknye soalan..
sm2 kita tggu jwpnnye ye kwn2?

MaY_LiN said...

[~_~]

comei said...

hurm, cam terbau s0mething je ni
tggu je la bak kate sis rahmah hehe