Sep 28, 2009

KISAH 28

Belas aku melihat Abang Akram. Sepertinya dia menanggung beban yang sangat banyak dan berat dalam hati. Keruh betul wajahnya. Sungguh berat tanggungjawab yang perlu dipikulnya. Urusan syarikat diserahkan kepada Adrian dan suamiku untuk sementara waktu. Kini aku nampak keakraban dan kemanjaan dia pada ayah. Keutuhan kasihnya untuk ayah, sehingga dia melepaskan semua perkara lain semata-mata untuk ayah. Dia semacam menghukum diri. Apakah ada kekesalan dalam hatinya? Terkilankah dia? Iya, memang benar ayah jatuh. Ayah jatuh semasa semua orang sedang sibuk di dapur, bersedia dengan sambutan untuk Abang Akram yang baru pulang dari bercuti di Sabah, Pulau Mutiara. Tetapi itu kebetulan. Jika dia ada di rumah pun waktu itu dan ayah masih jatuh, adakah dia akan dihambat kesal jua? Itu bukan salahnya. Memang ayah yang mahu mendaki tangga itu. Entah kenapa, tiada siapa yang maklum. Hanya ayah yang tahu keinginannya dan tujuannya. Juga Allah yang Maha Mengetahui.

Jangan kesal Abang Akram! Jangan! Kerana Nabi kita Muhammad s.a.w tidak suka kepada orang yang menyesal. Itu tanda orang yang tidak redha. Janganlah mendatangkan kemarahan Nabi dan kemurkaan Allah! Berdosa! Mintalah sahaja pada Allah supaya mengurangi bebanan dalam hati. Allah yang Maha Pemurah, juga Maha Pemalu. Allah yang sangat suka memberi pada hamba-Nya yang mahu meminta dengan penuh kesungguhan. Allah yang malu jika ada permintaan hamba-Nya yang tidak ditunaikan. Hebatnya Yang Maha Agung! Dia yang memiliki segalanya dan mempunyai sifat mulia seperti itu. Andailah semua hamba-Nya mahu merenung dan mengikuti sifat-sifat-Nya,tentu tiada sesiapa yang merasa kurang selalu. Segalanya cukup untuk semua.

Sepanjang Abang Akram menemani ayah, banyak kali juga Kak Aina datang. Cuba mendekati dan menemani, tetapi dipandang sepi. Kehadirannya ditidakkan oleh semua. Tingginya amarah mereka pada Kak Aina. Kasihan aku melihat dia yang seperti terkejar-kejar, tetapi tiada arah tuju itu. Timbul niat dalam hati untuk mengajaknya berbual, kerana sudah lama tidak bersua muka. Hendak menghampiri, awal-awal lagi dia sudah menarik muka. Menjeling tajam tanda tidak menyenangi. Langsung aku biarkan sahaja. Dia beredar kemudiannya, setelah kebosanan menanti kosong. Setelah jemu hadir dan menunggu tanpa undangan.

Sedang aku leka memerhatikan ayah dan Abang Akram, Abang Shah keluar. Tidak pula dimaklumkan tujuannya. Aku menganggap dia kepenatan, cuba mencari kesegaran di luar sana. Dalam kebisuan yang menekan, perlahan aku menghampiri Abang Akram. Bertanyakan keadaan dan memintanya bersabar. Boleh jadi ayah sedang berehat-rehat di sebuah tempat indah yang menyebabkan dia leka dan tidak terjumpa jalan keluar. Jika ayah sedang tercari-cari, pandulah arahnya dengan suara. Dia sekadar mengangguk. Tiada langsung bait kata yang diluahkan. Setelah itu, aku kembali ke tempatku. Tidak mahu mengganggu emosinya yang sedang kusut. Aku duduk semula di sebuah kerusi di sudut bilik rawatan ayah, mahu menyambung semula bacaan surah Yaasin. Aku langsung tidak sedar bahawasanya ada empat pasang mata sedang memerhati! Seorang suami sedang dibakar cemburu! Menyainginya, seorang wanita yang sedang mengukir senyum kemenangan! Tidak ketinggalan, sekumpulan syaitan dan iblis sedang bertepuk riang melihat keruntuhan dinding sabar seorang suami, seorang ketua keluarga. Luruh perlahan, bagai ais yang sedang mencari di kutub utara! Na’uzubillahi min as-syaitan ar-rajiim.

5 comments:

MaY_LiN said...

o-o..

comei said...

alamak...nisa!

rahmahmokhtaruddin said...

rajinnye comei komen semua episod.. thanks.. hehe..

Che Sue said...

apa yg berlaku...mcm sya da lost somewhere jer rahmah...
explain plz... hehehe~~

rahmah said...

explain yg mn sue? sue lost bhgn mane?

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape