Oct 5, 2009

KISAH 32

Akram: Dulu sebelum ayah mula meniaga, ayah kerja sebagai pegawai bank, kan? Arwah Mak bagitau Am yang ayah bersara awal. Kenapa ya?

Ayah: Sebab ayah nak meniaga. Ayah nak jadi pengeluar fabrik bumiputera Malaysia.

Akram: Ya, lebih daripada 70 peratus pulangan hasil yang menguntungkan diperoleh melalui perniagaan. Tapi, kenapa ayah pilih tekstil? Dari mana ayah belajar pasal teknik tenun, sulam, buat fabrik semua tu?

Ayah: Ayah ada pergi kursus masa jadi pegawai bank dulu. Masa tu ayah tengah cuti. Kawan ayah, Razali di Terengganu ajak ayah ikut dia. Tak sangka pula lawatan saja-saja ayah tu dah hidupkan satu matlamat besar dalam hidup ayah.

Akram: Hebatnya ayah. Lepas tu ayah buat apa?

Ayah: Lepas tu? Sebab dah timbul rasa minat dan tanggungjawab dalam diri, ayah bincang dengan kawan ayah tu tentang semua persediaan yang perlu ayah buat untuk mulakan perusahaan membuat tekstil.

Akram: Lama ke ayah ambil masa nak mulakan tu?

Ayah: Lama juga la. Untuk buat perancangan, pinjaman dan membina tempat, ayah ambil masa dalam 2 tahun. Sambil-sambil tu ayah buat juga la pengiklanan, melalui kawan-kawan yang ada.

Akram: Kagumnya Am dengan semangat ayah. Syarikat ni ayah usahakan seorang diri ke? Siapa rakan kongsi ayah?

Ayah: Rakan kongsi? Ayah kongsi dengan arwah Mak Am je. Kawan baik ayah si Razali tu jadi penasihat kami. Dia la yang selalu dengan kami, ada masa kami jatuh. Naik sama-sama. Jatuh sama-sama.

Akram: Alhamdulillah. Baik kawan ayah. Sekarang ni dia ada lagi ke? Macam tak pernah dengar je nama tu sebelum ni.

Ayah: Dia dah takde Am. Masa syarikat kita baru maju, dia meninggal dunia. Dia takde siapa-siapa pun dalam dunia ni selain ayah dengan Mak kamu.

Akram: Innalillah wa inna ilaihi roji’un. Hmm..kenapa ayah nak juga usahakan bidang tekstil ya ayah?

Ayah: Sebab ayah nak hasilkan pakaian dari sumber yang halal, yang jelas diketahui sumbernya untuk kegunaan semua umat Islam, khususnya dalam negara kita dan penduduk Islam dunia amnya. Sebab kita kena jaga kebersihan. Bersih tu bukan luaran je. Sumber benang, pewarna, air cucian kain yang kita guna pun termasuk dalam bahagian penjagaan kebersihan pakaian kita. Bersih itu tuntutan agama, sebahagian daripada iman. Nak khusyuk solat, kena pakai yang bersih-bersih. Yang suci. Kalau sumbernya dah diragui, tentu solat kita tak sempurna kan? Kita jadi resah dalam solat, kan?

Akram: Betul, ayah. Am tak terfikir pun tentang tu selama ni. Yang Am tahu, majukan perniagaan keluarga je. Terima kasih ayah, sebab buka fikiran Am untuk lebih bersemangat mengembangkan bisnes kita ni. Insya Allah, Am akan buat yang terbaik.

Perbualan ringkas dengan ayah pagi itu sangat bermakna untuk diriku. Menghidupkan sebuah matlamat baru yang pastinya sukar terpadam seperti hilangnya kabus pagi menjelang tengahari. Kata-kata ayah meresap jauh ke lubuk jiwa, mewujudkan seorang Akram yang baru. Akram yang tidak lagi berusaha memajukan syarikat hanya untuk kegembiraan ayah, tetapi Akram yang akan menyambung perjuangan suci ayah. Akram yang telah menemui tujuan hidup baru untuk digapai! Semoga harapan dan cita-cita ini akan membantu dalam usaha untuk melupakan Nisa dari ingatan. Menolong membuang keindahan cinta yang selalu membuai hati, menyebabkan aku selalu tersimpang dari landasan kemanusiaan seorang insan bergelar abang.

2 comments:

comei said...

bagus2
berkorban demi adik2nya
xpe, de jodoh yg terbaik t

rahmah said...

yeah.. jodoh utk dia akan sampai jugak nanti..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape