Mar 21, 2010

Gadis Itu



Gadis itu termenung dalam
merenung jauh ke hujung malam
terpisat-pisat mencari faham
mengapa tinta berbalas diam?


Gadis itu tersenyum hampa
gundah melanda membakar rasa
menjerat akal menghukum sukma
inikah cinta berbalas dusta?


Gadis itu bangkit berdiri
enggan tenggelam berduka lagi
dia tetap mahu menanti
wahai perwira pulanglah ke sisi
kerana dia masih menyayangi.

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape