Rancang dengan apa yang ada di tangan..
bukan yang kita angan-angankan...
Lagu peringatan dendangan sebuah kumpulan nasyid tempatan (saya terlupa kumpulan mana, T_T) menjengah deria dengar saya sejak akhir-akhir ini. Semuanya bersebabkan pengajian yang sudah memasuki semester 4. Wah, masa kian suntuk!
Atas dasar sedar diri, saya menyelongkar kembali data-data penyelidikan selama 3 semester lalu. Lalu, mana-mana kekurangan akan 'ditampal' sebaik mungkin pada waktu yang masih bersisa ini. Manuskrip jurnal yang masih belum selesai juga sedang beratur panjang dengan wajah 'muram' menanti 'sentuhan' dan tambahan maklumat.
Matlamatnya, mula menulis tesis bulan April!
Ekstra: Gagahkan diri menyiapkan manuskrip novel juga, huhu..
No comments:
Post a Comment