Nov 21, 2010

Sudah Terbit! :D

Bismillahirrahmanirrahim..
Cantik, kan?


Gambar cantik di atas ini adalah ilustrasi kulit luar novel saya yang baru sahaja diterbitkan pada 16 November 2010 yang lalu. Insya-Allah, tidak lama lagi novel sulung saya ini bakal berada di pasaran Malaysia. 


Berdebar-debar
Ya, sejak mengetahui manuskrip Lelaki Berbaju Biru sudah dihantar ke pencetak, saya berdebar-debar. Perasaan saya menjadi langsung tidak stabil. Gugup, gemuruh, dan macam-macam lagi perasaan yang menggambarkan kegentaran menderu-deru masuk ke dalam hati sejak sebulan lalu. 

Sekarang, saya masih mempunyai perasaan yang sama cuma debarannya sudah sedikit reda berbanding sebelumnya. Semoga buah tangan ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa jua yang membacanya.

Pengalaman
Disebabkan ini novel pertama saya yang dicetak, dan merupakan pengalaman pertama saya menulis dengan sangat serius, sudah tentulah karya ini masih terlalu jauh dari sempurna. Peluang bekerjasama dengan editor yang sangat berpengalaman di PTS Litera Sdn. Bhd., amat saya hargai. Saya belajar banyak perkara daripada beliau. Tidak ketinggalan, saya menerima tunjuk ajar dari beberapa orang rakan penulis yang baik hati dan tidak lokek berkongsi. Hebat! Terima kasih yang tidak terhingga buat mereka.

Komentar
Sebagai pendatang baru yang masih dangkal ilmunya, saya mengalu-alukan komen membina dari Tuan/Puan yang sudi membaca naskhah ini. Semoga segala komentar yang diberikan itu dapat meningkatkan semangat dan membantu saya membaiki tahap penulisan saya secara berterusan. Ketahuilah bahawa komentar yang penuh dengan nasihat akan menjadi daya pendorong terhebat buat saya, kerana itu tandanya Tuan/Puan menyayangi saya.

Tambahan:
1. Novel ini adalah terbitan PTS Litera Sdn. Bhd.
2. Harga jualan novel ini adalah RM19.50 di Semenanjung Malaysia, dan RM21.50 di Sabah/Sarawak.
3. Jika Tuan/Puan mahu membelinya dengan diskaun sebanyak 15%, silakan melayari laman ini.
4. Nama pena saya bagi novel ini adalah Rahmah Mokhtar. Maksudnya, rahmat yang terpilih. Semoga makna indah itu menjadi pendorong saya dalam usaha mengejar rahmat Tuhan yang melimpah-limpah.

3 comments:

MaY_LiN said...

xsabar nak baca..

rahmahmokhtaruddin said...

MaY_Lin: Terima kasih. Heheh, saya menanti komen akak yang memang selalu membina tu :)

Latifah said...

x sabar nak tunggu buku sampai...
=)

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape