Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Selamat hari Sabtu!
Hari ini aku terfikir satu perkara dan aku teringat bicara AaGym,
Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat.
Lalu, aku tengok semula entri-entri aku yang sebelum ini. Nampaknya, aku perlu mohon maaf kepada rakan-rakan pembaca. Kenapa?
Mohon maaf andai entri-entri sebelum atau kemudian daripada ini tidak memberi apa-apa manfaat kepada kalian.
Jadi, untuk mengelakkan aku terus membazir masa kalian, ayuh kita ke tujuan utama entri ini ditulis. Sebenarnya, aku mahu berkongsi sebuah blog yang pernah aku ikuti sebelum ini (sekarang sudah jarang kerana khilaf aku sendiri yang selalu terlupa). Ini blog seorang sahabat, yang selalu membuat aku menitiskan air mata sewaktu membaca tulisan-tulisannya yang penuh ilmu dan sering menginsafkan.
Ini blog arwah Dr. Mas Afzal Masarudin, Not The Primrose Path yang telah meninggal dunia pada 18 Disember 2010 setelah berjuang menentang penyakit kanser pada tubuhnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Al-Fatihah.
Arwah banyak berkongsi kisah perjuangannya di dalam blog ini dan kerana itu, air mata aku menjadi terlalu murah apabila dibandingkan dengan deritanya. Aku pasti, pembaca blognya yang lain turut mengalami perasaan yang sama seperti aku.
Dari segi lain, aku kagum dengan ketabahannya. Dalam keadaannya yang tidak sihat, arwah berjaya menghabiskan pengajiannya. Maka, atas alasan apa aku yang sihat begini untuk tidak mampu menghabiskan pengajian? (Jangan malas-malas!)
Entri arwah yang terakhir:
One might find it hard to believe that despite being a working mother, she made at least 4 trips (as far as I can remember) from Kuala Lumpur to the United Kingdom within less than a year. And no, the government doesn't pay her for the travel expenses, it all came from her own.
Just when everyone at home were making plans for the upcoming Eid-ul-Fitr celebration, she decided to skip the year's occasion, just so that her son can cherish the holy celebration with her, in the foreign land of the UK. So that she could make him her own version of lemangs, rendang and kuah kacang that her son has been sorely missing for so long.
I remembered telling myself a few years ago that when I grow up, have my own job and a secured life, I want to look after my mom. I want to give her the love and care she deserves, like the times when she took care of me ever since I was a small kid. Yet, Allah certainly has His own plans.

(Kepada rakan-rakan yang mahu membaca sambungan entrinya, klik sahaja tajuk entri 'She Who Never Disappoints' itu.)
Ya, arwah telah menjadi seorang yang memberi manfaat bukan sahaja kepada orang-orang di sekelilingnya, malah kepada kebanyakan pembaca blognya. Maka aku mahu menjadi sepertinya juga, dalam kaedah dan acuanku yang tersendiri.
Semoga Allah membuka laluan dan mengurniakan ilham kepada hamba-Nya yang kerdil ini.
Insya-Allah, ada jalannya :D
No comments:
Post a Comment