Feb 20, 2011

Mencari Luar Biasa...

Assalamualaikum, para pembaca yang budiman.

Sekejap tadi, aku berbual dengan seorang kenalan. Namanya Fazlaidha. Dia dan isteri mengusahakan perniagaan jualan kek secara aktif. 



Dia rakan yang rajin menegur kesilapan (atau yang dia rasa tak ok). Macam tadi, dia tulis begini di YM aku:
usah nyatakan begitu...itu namanya mendoakan ia berlaku selalu 

sentiasa nyatakan perkara yang baik yang kita mahu..contoh , batuk teruk? " InsyaALLAH sembuh segera ia"
aku saja pilih warna merah jambu, sebab aku gelarkan dia Papa pink selepas dia dapat anak perempuan ^___^

__________________________________________________________________

Sebabnya, sudah DUA hari aku tulis status yang berbunyi:
Batuk teruk! T____T

Jadi, di atas tegurannya aku tukarlah status yang bunyinya negatif itu ^__^
Batuk teruk! Insya-Allah, aku akan sembuh..

Lepas itu, dia tanya aku satu soalan:
Dari tempoh perkenalan yang singkat kita ini, Apa perkara yang saya luarbiasa?

aku terkejut dengan soalan itu, dan sampai sekarang aku terfikir-fikir apa yang luar biasa pada diriku sendiri... 

Kata Sifu Papa Pink, 
kita kena cari apa luarbiasanya pada diri kita ...apabila sudah jumpa jawapan itu, baru segalanya mudah disampaikan dengan cara kita sendiri...
Kata Sifu Papa Pink lagi:
Senaraikan semua perkara yang: 
1. Buat anda lain daripada orang lain (secara keseluruhannya) 
2. Anda mahir, yang membuatkan anda seorang 'tempat rujukan'

Kenapa kita perlu luar biasa? 
Supaya kita boleh genggam dunia dalam tapak tangan sendiri! (Kalau tak boleh pun, cukup kalau kita mampu genggam perkara-perkara di sekeliling kita)

Hmmm... apa ya?
Kawan-kawan tahu apa yang nampak luar biasa pada aku? Kalau ada, mohon beritahu ya?
Terima kasih!

Nota: Orang tak reti rehat macam aku, kira luar biasa ke?

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape