Mar 23, 2011

Dia?

Sebentar tadi, aku menyelongkar fail-fail di dalam laptop Prolink aku yang comel ini :) Semuanya gara-gara aku terlupa di mana aku simpan kertas teknikal yang pernah ditulis sebelumnya. 
(Itulah, orang tak sistematik :P)


Cari punya cari, selongkar punya selongkar, aku terjumpa satu fail 'notepad'. Judulnya 'dunno' dan ditulis pada akhir Januari 2011. (Hai, entah apalah perasaan aku semasa menulisnya dahulu, kan?

Atas rasa kebersamaan, aku kongsikan tulisan itu di sini. ^___^


Saat fajar menyingsing
dia kaku di muka pintu
merenung pojok silam
dengan seribu kesal

Tika malam melabuh tirai
dia masih beku
mengusap tangis semalam
yang masih enggan padam
umpama bara seribu dendam

Tika mendung  berarak sinar
hatinya masih bersuluh kelam
resah mencungkil semangat dunia
masih adakah kemanusiaan?

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape