Apr 11, 2011

Aku, Mereka dan Komuter: Kita boleh, kalau kita mahu melakukannya :D

Bismillahirrahmanirrahim, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum kawan-kawan dan pembaca-pembaca yang dihormati sekalian! Apa khabar anda hari ini? Hidup saya baik dan ceria, Alhamdulillah! Semoga keriangan ini bertebaran kepada kalian hendaknya :D

Hmmm, sudah lama benar saya tidak menuliskan pengalaman saya 'berkelana' di dalam tren Komuter dari Sungai Buloh ke UKM. Maaf untuk itu, kerana kebelakangan ini saya asyik disibukkan dengan bermacam-macam hal yang menggugat ketenangan. (Alasan yang sangat klise, bukan? :P) Apa-apa pun, mohon maaf kerana saya mengambil masa yang terlalu lama untuk mengembalikan semula semangat ke dalam diri.


Sebenarnya, pagi ini saya masih dengan aktiviti membaca buku Magic of Thinking BIG tulisan David Joseph Schwartz. Oh ya, buku ini adalah hadiah ulangtahun saya dari teman-teman seperjuangan di Institut Sel Fuel, UKM. Hadiah yang cukup hebat! Terima kasih ya, kawan-kawan! :D

Eheh, dari tadi membebel dan saya belum ceritakan apa-apa mengenai komuter, kan? Jom, kita kembali ke tujuan asal saya menulis entri ini. :)

Sebetulnya, hari ini saya keluar agak lewat dari rumah (bangun lambat = kesiangan! T____T) Jadi, saya ke UKM dengan tren yang bertolak jam 9 pagi dari stesen Sungai Buloh. LEWATNYA! Uhuk uhuk!

TETAPI, ada sesuatu yang berlaku di dalam tren pada hari ini yang membuatkan saya gembira di atas kelewatan itu. 

BERDALIH lagi! 
TIDAK! Saya tidak memberi alasan. Jadi, kita dengar (baca) sama-sama apa yang berlaku di dalam tren itu yang membuatkan saya berdalih berkata seperti di atas :)

Ehem, ehem.. Sebenarnya ada banyak peristiwa yang berlaku di dalam tren tetapi saya memilih untuk bercerita mengenai kejadian yang satu ini. Bukankah hidup itu satu pilihan? =D (Melalut lagi, huhuhu)

Entah di stesen mana, seorang ibu menaiki tren bersama anak lelakinya. Seingatnya, saya terdengar suara kanak-kanak itu sejak dari stesen Kepong. Jadi, ayuh andaikan ibu dan anak itu menaiki tren dari stesen Kepong! Keadaan tren jam 9 pagi tadi sesak dengan penumpang, sehingga ramai yang bertolak-tolakan di pintu. Keadaan sesak itu membuatkan saya yang duduk di hujung gerabak tidak dapat melihat wajah ibu dan anak itu sehinggalah sampai di stesen KL Sentral. 

Yeay, ramai orang turun! (tersengih lebar walaupun sudah duduk dari stesen Putra, hehehe)
Bukan apa, keadaan lengang itu memudahkan saya melihat wajah si kecil dan ibunya (alasan lagi ^^")

COMEL!! ^_______________^
Maksud saya, budak lelaki itu comel dan wajah mulusnya nampak riang sekali!

Hendak dijadikan cerita... (Eh, kepoh pula :P)

Abaikan, bukan selalu saya kepoh begini :D. Ya, hendak dijadikan cerita sampai sahaja tren di stesen Seputeh (yang selepas Midvalley itu), anak itu yang mungkin usianya 4 atau 5 tahun mula kebosanan lalu dia bermain-main di beberapa tiang pemegang di dalam tren. Keadaan normal sahaja sampailah anak itu memilih untuk MEMANJAT salah satu tiang di situ! Wah, ini kreatif! 

Saya tersenyum melihat aksinya yang tentu shaja mengundang perhatian semua penumpang yang 'berjaga'. 

Cubaan pertamanya.... gagal T___T

Sebabnya?
Seliparnya yang bergambar Spongebob Squarepant dan Patrick itu licin. T__________T
Anak itu sebaliknya tidak bersedih. Dia memilih memandang ke arah ibunya sambil berkata, "Turun baliklah, Mama." 

Si ibu yang dipanggil Mama itu hanya menganggukkan kepalanya dengan pandangan yang tidak menegah tindakan si anak. Wah, ibu yang hebat!
Saya yang cuma watak tempelan ini, tersenyum lagi di tempat sendiri.

Kemudian, anak lelaki itu beralih pula ke tiang sebelah dan cuba memanjatnya. Sekali lagi, dia tidak berjaya.... Alaaaaa T______T

Anak itu tanpa wajah berputus asa, turun semula bagi 'mengumpul kekuatan' (ayat bagi dramatik, heheh) untuk memanjat lagi bagi kali ketiga. Matanya asyik mensasarkan hujung tiang yang mencecah bumbung tren. Saya yang masih watak tempelan, terus tekun memerhatikan si anak dan ibunya, juga dengan senyuman yang belum padam.

Sebelum memanjat, si kecil menanggalkan selipar dari kakinya lalu mencuba memanjat lagi. Ya, dia BERJAYA! Hebat, tahniah berganda-ganda! 

Saya tersenyum lebar melihat kejayaannya itu!

Kebetulan yang memantapkan (konon-kononnya), saya sedang membaca buku berkaitan motivasi dan psikologi sekarang ini. Pastinya, satu perkara yang dapat saya kaitkan, 
"Matlamat dan rasa percaya boleh mencapai matlamat itu harus seiring, kerana usai sahaja kita menetapkan matlamat, otak kita akan menjana 1001 macam cara bagi mencapainya bersandarkan rasa percaya yang kita terapkan terhadap diri kita sendiri."

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape