Jul 23, 2014

Lelaki Berbaju Biru

Assalamualaikum, tuan dan cikpuan pembaca yang disayangi Allah dan dikasihi Nabi. Semoga kita tetap dalam rahmat Tuhan.
Semoga kita diberi izin bertemu malam al-Qadr. Amin.

* * *
Baik, ada apa dengan Lelaki Berbaju Biru?

Ia buku yang saya ambil salinan penulis daripada penerbit ditemani ayah dan emak.
Ia buku tulisan saya, yang emak sempat baca.

Alhamdulillah.
Naskhah ini sedang mengalami revolusi kulit buku. Insya-Allah, dikhabarkan proses revamp cover ini akan selesai tidak lama lagi. 
Tak sabar lihat wajah barunya.
Alhamdulillah.

Ceritanya, lewat May lalu, saya dihubungi editor. Katanya, tim penerbitan sudah memutuskan mahu menukar kaver novel pertama saya, Lelaki Berbaju Biru.

Sungguh, saya hampir-hampir melompat kerana terlalu gembira. Subhanallah, nikmat Tuhan yang mana lagi aku mahu dustakan?
Alhamdulillah.

Saya kongsikan di sini, desain kaver yang sudah diubah. Katanya, proses menukar kaver mengambil masa yang panjang. Jadi, sama-sama kita tunggu versi buku fizikal dengan kaver baru ini, ya? ^__^

"... kerana warna biru itu umpama langit selepas hujan."

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape