Jan 27, 2015

January 27, 2015 at 08:34PM

Berbahagi. Rasa tidak percaya masih membukit, tetapi ada kerja yang perlu diteruskan supaya ia menjadi realiti. Siang tadi ada yang bertanya, bagaimana mahu konsisten menulis di blog. Jujur, saya tidak layak menjawab pertanyaan ini sebab saya sendiri baru bermula dengan serius di blog baru. Tetapi, insya-Allah saya mahu kaitkan soalan ini kepada topik, 'Konsisten dalam penulisan cerpen'. Ia berkait juga dengan sindrom 'buntulis'. Insya-Allah, saya akan kongsikan nanti di blog. Nota: Alhamdulillah, proposal #Projek77Tip sudah lulus. Terima kasih banyak-banyak Tuan Zamri Mohamad. Tuan Abdul Muiez Ruslee, selamat bekerjasama dan bekerja dengan lebih gigih! Puan Nor Asmawati, terima kasih sebab percayakan kolaborasi ini. Mohon doakan ia lancar dan sukses. Buat semua ahli keluarga juga sahabat wangi saya, mohon doakan urusan projek ini lancar dan sukses. Terima kasih.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape