Jan 27, 2015

January 27, 2015 at 09:44PM

Alkisah. Dekat dua jam selongkar Google, guna macam-macam kata kunci pasal Google form. Pucanya, mencari cara edit form yang sudah dibuat, tetapi butang edit tak muncul-muncul. Sekejap tadi, terdetik mahu login emel lain. Selepas log in, aku refresh semula form tadi. Lalu, ikon pensel yang dinanti-nanti muncul dengan selamba. Hampeh dot com, aku salah emel! Memanglah tak jumpa. Gatal tangan pergi silangkan projek dengan emel. Mahu tip? Satu sahaja. 1. Pastikan kau guna emel yang betul. 2. Asingkan emel ikut produk / fungsi / projek. 3. Jangan silangkan emel. Contoh: Emel A untuk Projek A. Emel B untuk bisnes. Emel C untuk hal peribadi. Sudah ada pembahagian, asingkan baik-baik. Itu saja. Tip buntulis, nanti aku update. Malam ini kena mengerongsang. Rindu kristal. Kbai.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape