Mar 3, 2015

March 03, 2015 at 05:46PM

Bismillah. Hari ini saya berkongsi tip Menjana Pendapatan 3 Angka dengan Cerpen dengan pelajar-pelajar di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. Slot petang, saya bersedia dengan anggapan tidak ramai pelajar yang hadir. Namun, menghampiri jam 3.15 petang tadi, pintu perpustakaan tidak berhenti dilewati pelajar. Penuh! Cepat-cepat saya tukar setting dalam kepala. Pelajar-pelajar sudah keletihan. Alhamdulillah, mereka bertahan dan menjawab dengan aktif setiap soalan yang saya ajukan sepanjang sesi tadi. Lebih menggembirakan, ada seorang pelajar Tingkatan 2 menunjukkan hasil tulisannya (hampir dua halaman) yang disiapkan dalam masa tidak sampai 4 jam. Hari yang mengujakan. Di akhir sesi, saya serahkan beberapa salinan naskhah Cermuz untuk perpustakaan sekolah. Seronok juga, sempat mendengar perkongsian Puan Husna Adnan sebelum tengah hari tadi. Nota : Andak Badaruddin, terima kasih hantar pagi tadi. Puan Asyafa Fautzie, terima kasih kerana menjemput. Malam ini, ada sesi brainstorming untuk projek baru. Insya-Allah.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape