Mar 4, 2015

March 05, 2015 at 08:15AM

Bismillah. Saya dapat berita ini malam tadi. Akibatnya, saya terkebil-kebil atas tilam sehingga jam 3 pagi. Berita apa? Berita baik yang buat saya tersenyum, sampai hari ini. Berita baik yang bukan untuk saya sahaja, tetapi rakan-rakan yang sudah letih menunggu. Buat kawan-kawan yang sudah tidak sabar mahu memiliki naskhah Aku Terima Cintanya, itu pun pada harga istimewa. Ya, pre-order naskhah ini sudah dibuka. Klik pautan bit.ly/preorderATC dan buat tempahan sekarang. Mohon maklum, buku belum siap dicetak. Seperti yang dinyatakan dalam laman kedai penerbit ini, buku dijangka masuk stor pada 21 Mac 2015. Mahu pesan melalui saya? Komen ATC. Terima kasih.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape