Mar 29, 2015

March 29, 2015 at 11:37PM

Semalam, ada siaran ulangan Tanweer. Pasal topik berubah. Ada disentuh mengenai orang yang suka memberi alasan, "Saya bukan tak mahu berubah, tapi belum sampai seru / belum dapat hidayah." Ini jawapan Ustaz Don, "Setiap kita wajib menunaikan solat, 5 waktu sehari semalam, bersamaan 17 rakaat setiap hari. Dalam solat, kita wajib membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat." Pause. Sambung lagi, "Dalam surah yang bermaksud 'Pembuka' ini, ada ayat yang bermaksud, "Ihdina (hidayahkan / tunjukkan) kami jalan yang lurus.' Dalam setahun, ia dibaca sebanyak 6120 kali dalam solat kita." Pause lagi. Sambung semula, "Allah Maha Pemurah, Allah Maha Pemberi." Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 186, "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul." Pause, kali ketiga. Sambung lagi, "Kita sudah meminta 6120 kali dalam setahun, mana mungkin Allah yang amat suka memberi tidak mahu perkenankan permintaan kita yang mahu berubah." (Saya sudah olah sikit ayat akhir ini, ikut pemahaman saya.)

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape