Mar 29, 2015

March 30, 2015 at 08:49AM

Cerpen101 Tujuan. Hidup yang bertujuan itu, laluannya lebih jelas. Begitu juga penulisan kita. Apabila sudah jelas, barulah kita boleh buat tindakan seterusnya. Cerita yang jelas dalam fikiran penulis, insya-Allah rasa dan semangatnya lebih mudah sampai kepada pembaca. Sudah tahu mengapa mahu menulis? + Sebab yang paling baik adalah menulis kerana Tuhan. + Saya menulis kerana saya suka. + Juga sebab duit. + Sebab dakwah, saya masih belajar memasukkan perihal dakwah dalam karya fiksyen saya. Tidak banyak, sedikit. Insya-Allah. Jadi, tuan sudah jumpa nic penulisan sendiri? Jadi, bagaimana mahu mencari nic dan jiwa sendiri? + Kata Puan Ain Maisarah, menulis cerpen adalah salah satu cara latihan dan ruang yang baik bagi menulis mencari nic penulisan sendiri. + Membuat percubaan menulis pelbagai genre cerita adalah lebih cepat apabila dibuat melalui cerpen berbanding terus terjun kepada novel. Rahmah Mokhtar, Perempuan yang suka menulis cerpen.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape