Mar 29, 2015

March 30, 2015 at 09:14AM

Aku Terima Cintanya | The Making Of #2 Saya suka menulis cerpen. Atas sebab itu, saya cadangkan kepada Tuan Zamri Mohamad supaya projek mem'fiksyen'kan karya 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki ditukar kepada konsep cerpen bersiri yang ditulis beberapa orang. Sebabnya, saya bermasalah mahu menulis novel. Alhamdulillah, cadangan ini disambut baik. Lalu, saya maklumkan cadangan ini kepada Tuan Abdul Muiez Ruslee dan melamarnya supaya menjadi penulis bersama. Sekali lagi, Alhamdulillah. Proses ini lancar. Cabaran seterusnya, merangka konsep projek. Hampir dua bulan diambil bagi merancang dan menggali konsep projek ini (termasuk watak, latar, jumlah halaman, dan bilangan cerpen). Pada awalnya, saya melihat konsep buku Lagenda Budak Setan oleh Tuan Ahadiat Akashah sebagai model rujukan. Tetapi, semasa proses penulisan dan penyusunan, model rujukan ini tidak lagi digunakan dan Alhamdulillah, naskhah Aku Terima Cintanya ada format tersendiri. Namun, cabaran menghasilkan naskhah ini muncul lagi apabila saya berhadapan dengan masalah memilih POV bagi cerpen yang mahu ditulis.... Rahmah Mokhtar, Penulis cerpen bersiri yang rajin.

by Rahmah Mokhtar



from Facebook

via IFTTTfrom Facebook

via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape