Jul 21, 2015

July 22, 2015 at 11:46AM

Lelaki kesayangan saya. . Hari ini, genap usianya 27 tahun mengikut kalendar Masihi. Alhamdulillah, adik saya dah besar. Bahkan lebih besar dan lebih matang berbanding saya. . Seringkali, dia menjadi tempat bersandar apabila saya dilanda emosi. Lelaki paling muda dalam kalangan kami 12 beradik, yang selalu ada pada ketika saya memerlukan. Orangnya prihatin, tetapi garang pun boleh tahan. Kalau dah pesan, tak perlu ulang berkali-kali. Nanti dia marah. Haha. . Dia rapat dengan emak. Seingat saya, topik paling hangat yang dibualkan, F1. Pasal pemandu-pemandu kereta lumba laju itu, trek dan hal-hal teknikal, semuanya dia bualkan dengan emak. Juga, dia selalu mengingatkan emak dan ayah pasal macam-macam hal melibatkan keluarga. . Lalu, semasa dia diuji dengan serangan 'chicken pox' pada April lalu, saya amat risau. Memikirkan apa yang selalu emak lakukan apabila adik-adik demam, saya usahakan memasak bubur seperti yang emak buat walaupun saya tahu ia tidak akan pernah sama. Atas peristiwa itu juga, cerpen Bubur Kasih Sayang untuk Majalah Usrati dihasilkan. Alhamdulillah. . Dia hebat dengan hal-hal pertukangan dan membaiki. Selalu, Dia gunakan duit gaji dan pendapatannya bagi membaiki barang-barang di rumah; paip, lampu, sistem shower, simen lantai dan macam-macam lagi. Senyap-senyap dan sembunyi, dia melakukan semuanya untuk keselesaan kami di rumah pusaka yan emak tinggalkan buat kami. Alhamdulillah. . Paling hebat, adinda saya ini menjadi kesayangan kesemua anak saudara. Kalau dia ada, memang semua mengalah sahaja sebab anak-anak mahu dia sahaja yang dukung. Awal-awal dahulu dengki jugalah, sekarang kami senyum sahaja. . Apabila ditanya, dia kata, "Sebab sayang. Ikhlas dari hati." Jawapan klise yang buat semua orang mahu ketawa dan tahan muntah hijau. Haha. . Selamat hari ulangtahun kelahiran, adindaku Ahmad Faridun Adha Mokhtaruddin. Semoga langkahmu sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Amin.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape