Aug 21, 2015

August 22, 2015 at 12:53PM

144 hari.... Malam tadi, aku ke rumah kakak. Jadi, tiada cerita pasal bola. Kalau nak baca cerita pasal Phineas & Ferb, Robocar Poli atau Lego Friends bolehlah. Jadi, ada apa dengan Phineas & Ferb? Sebenarnya ia antara kartun kegemaran aku. Suka tengok dua beradik tu berkreatif buat macam-macam untuk aktiviti cuti sekolah. Macam dalam lagu dia, '144 hari sebelum sekolah bermula....' (Itupun kalau aku tak salahlah,tetiba macam lupa banyak.) Lagi, ada watak kakak (Candice) yang kaki mengadu. Tukang report kat mak pasal perangai adik-adik dia yang suka buat macam-macam benda. Paling senang, kalau anak-anak sedara mula jadi tukang report sesama sendiri, kakak aku cakap, "Aisyah, tak payah jadi Candice." Ataupun, kalau ada yang cakap bingit-bingit, kakak aku pun cakaplah, "Adik, cakap perlahan je. Tak payah bingit macam Candice." Nota : Korang pernah bingit dan jadi kaki adu macam Candice ke? Selamat lunch. Aku tak boleh makan sangat Ni, gusi bengkak.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape