Sep 10, 2015

September 10, 2015 at 10:09PM

#JodohBerdua Alhamdulillah, saya baru selesai membuat penilaian cerita untuk projek cerpen Jodoh Berdua. Ada sedikit perubahan rancangan. Hanya 19 cerita yang dipilih. Insya-Allah, saya akan maklumkan keputusan pemilihan kepada semua yang menghantar cerita secara berperingkat (sekadar info jika cerita dipilih ataupun tidak, sebab saya sudah berjanji nama sebenar dirahsiakan). Jujur, saya ditimpa macam-macam rasa dalam proses ini. Jodoh dan kuasa Tuhan, ia buat saya rasa amat kecil. Sungguh kerdil. Tak tahu entah berapa kali saya sebak membaca perkongsian tuan dan cikpuan yang budiman. Cerita terbaik juga sudah dipilih, Alhamdulillah. Saya akan hubungi pemenang SATU hadiah utama ini juga. Mohon doa tuan dan cikpuan supaya proses penulisan manuskrip ini dapat diselesaikan mengikut perancangan, dan penerbitan manuskrip ini lancar. Terima kasih banyak-banyak. Allah rahmati kalian yang baik, yang selalu menyokong saya. Amin. Nota : MakMah masak hari ni. Seronok tengok abang makan bertambah-tambah.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments: