Sep 17, 2015

September 17, 2015 at 10:01PM

Si jantan lebih cantik ***** Insya-Allah, ini tulisan bagi melunaskan janji. Ingat saya pernah kata mahu tulis sesuatu pasal burung merak? Jika sudah lupa, tak mengapa. Baik, mari kita sambung cerit? Semasa bercuti di Lumut dua minggu lalu, saya direzekikan melihat seekor burung merak pada jarak dekat. Waktu itu, anak-anak saudara baru naik dari kolam selepas berseronok selama beberapa jam. Bibir masing-masing dah membiru. Hari itu, saya berehat di tepi kolam dan memantau mereka dengan gaya MakMah, seorang mak cik yang penyayang (amin). Waktu sedang mendapatkan tuala, seekor merak dengan tenang berlegar-legar di ruang berhampiran. Terdetik dalam hati, 'Kalaulah dapat ambil gambar dia sedang kembangkan ekor....' Tetapi, sebab mahu uruskan anak-anak dan saya juga sudah berjanji mahu bawa mereka lihat-lihat ruang aktiviti kanak-kanak, maka saya lepaskan momen itu. Selesai makan tengah hari, saya bertembung lagi dengan si merak. Ia berlegar di ruang berdekatan meja makan luar. 'Wah, sungguh tenang si merak ini!' Itu yang saya fikir ketika itu. Sempat jugalah snap gambar walaupun tak jelas mana, sebab selepas itu ia lari apabila mendengar suara anak-anak yang teruja. Rupanya, merak ini dipelihara di sini. Hanya pada masa itu, ruang melawat ditutup atas sebab tertentu. Saya juga baru tahu, hanya merak jantan yang memiliki ekor cantik. Fungsinya, buat menarik perhatian si betina. Maknanya, yang saya nampak itu merak betina. Mujur tak tunggu lama-lama untuk lihat dia kembangkan ekor. Kahkah. Merak jantan, cantiknya pada ekor yang meleret dan boleh dikembangkan itu. Bercakap pasal cantik, saya langsung refleks pada ungkapan penulis dari Indonesia yang menjadi kegemaran saya, Tere Liye. Ajarkan aku untuk selalu memiliki hati yang cantik. Tidak peduli meski orang- orang tidak pernah sekali pun menyadari kecantikan hati tersebut.” - Tere Liye. Cantik itu subjektif. Moga kita selalu memiliki hati yang cantik, yang selalu bersangka baik dengan Tuhan. Amin. #HidupdanCinta Nota : Bingkai spek patah, kena pijak. T_T
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape