Sep 16, 2015

September 16, 2015 at 08:51PM

Susun semula. ***** Minggu lepas, saya mengikut abang dan kakak ke pasar raya. Membeli keperluan rumah untuk sebulan. . Macam biasa, saya bergembira dengan anak-anak saudara, membawa reputasi sebagai seorang MakMah yang penyayang. . Sampai di pasar raya, saya nampak satu bahagian yang sangat menarik perhatian. Lalu, saya berlama-lama di situ. Mencari dan membelek buku. Amni dan Adik menyertai saya, berseronok memilih buku. . Tetapi, sesi pemilihan yang seharusnya menyeronokkan terganggu kerana buku-buku yang dijual pada harga rendah ini sudah dilonggokkan. Seperti yang terjadi ketika memilih baju - lipatan dibuka dan dibiarkan dengan alasan ada pekerja yang akan melipatnya semula. . Apabila jadi begitu, kita sukar mahu melihat tajuk buku. Terpaksa bekerja dua kali, mengalih buku yang bertindih dan selepas itu baru dapat melihat judulnya. . Lalu, saya mengajak mereka berdua berbuat sesuatu. Ya, kami menyusun buku-buku ini dengan gembira. Saya seronok melihat mereka bersemangat begini. . Ada empat rak. Dari rak ke rak, saya tolak mereka menggunakan troli. Kemudian, saya minta mereka ambilkan buku yang tidak bersusun dan saya tegakkan supaya bahagian tulang buku menghala ke atas. Apabila sudah tahu, mereka buat sendiri. Sambil menyusun, saya memilih buku yang mahu dibeli. Two in one. . Dua puluh minit, kerja kami selesai. Adik dan Amni nampak riang. Saya berganda seronok melihat senyuman mereka. . Macam hidup kita, ada waktunya kita tak nampak pilihan di hadapan. Sebab semuanya sudah bertindih-tindih dan kita jadi terkeliru. Waktu itu, kita jadi lebih penat daripada selalu sebab harus bekerja dua kali ; mengalih halangan supaya nampak pilihan dan arah. . Maka, kita berhenti sekejap. Bertenang untuk menyusun perancangan sekali lagi. Selepas itu kita bermula lagi, lebih bersedia daripada sebelumnya. . Tekan butang pause. Esok, berlari semula dan kejar cita-cita. #HidupdanCinta Nota : Rasa nak makan aiskrim malam ni.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape