Sep 15, 2015

September 16, 2015 at 09:03AM

#TipCerpen101 Lanjutan daripada perkongsian semalam, rakan-rakan penulis hebat juga berkongsi stail masing-masing. Saya suka! Baik, ini daripada Puan Bonda Nor. Ia sangat menarik untuk dimanfaatkan. Terima kasih atas perkongsian. Rahmah.. Saya juga menggunakan masa senggang untuk menulis. Kadang sambil memasak atau layan baby dan idea datang, saya terus catat sebelum idea hilang.. kesemuanya dengan handphone. Malah, oleh kerana saya selalu kurang sihat dan perlu berbaring, maka saya memang memilih untuk menaip dengan handphone.. di FB (status view -ONLY ME) . Bila online dengan PC atau laptop saya cuma perlu copy paste ke Microsoft Word. Ia lebih mudah berbanding terpaksa menaip semula.. Alhamdulillah.. banyak artikel dan puisi saya terhasil dengan cara ini. Sekadar perkongsian. ☺ Ya, memanfaatkan teknologi. Terima kasih Puan Bonda Nor. Saya kongsi lagi di sini supaya lebih ramai dapat membacanya, insya-Allah. Selalu update FB? Mari update FB dengan status view Only Me. Baik, itu sahaja dahulu untuk hari ini. Sampai lain kali. Selamat menulis!
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape