Nov 7, 2015

November 08, 2015 at 02:55PM

Mengganjar diri sendiri ********************* Memanjakan diri di Bangi Gateway. Bermula dengan makan laksa dan minum kopi di Restoran Biji Kopi. Selepas itu, saya berjalan-jalan. Menghidupkan semangat di Dakwah Corner Bookstore. Jumpa banyak buku menarik! Kedai ini sudah dibuka dua tahun. Paling suka, sambil berehat-rehat di ruang berkerusi, saya boleh mendengar perkongsian / ceramah yang dipasang. Kata staff di sini, video ceramah memang dipasang setiap hari. Ia juga dibuka setiap hari, 10 pagi - 10 malam. Video hari ini, penyampai hebat ini bercerita mengenai cinta. Menggapai cinta Tuhan. Bagaimana mahu tarik perhatian Allah? "Jika kamu mahu Allah cintakan kamu, ikutilah suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya." Alhamdulillah.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape