Nov 8, 2015

November 08, 2015 at 06:43PM

Main kejar-kejar di KL Sentral **************************** Hari ini saya asyik main kejar-kejar dengan masa, sebab ada janji dengan beberapa orang yang perlu dilunaskan. Dari Bangi Gateway, Kak Dell hantar saya ke Stesen Serdang. Dengan semangat baru, saya menuju ke destinasi seterusnya, KL Sentral. Alhamdulillah, elok-elok sampai di tangga turun ke platform di seberang, komuter sampai. Tuhan Maha Baik! Sampai di KL Sentral, waktu Asar sudah panjang. Saya terus ke surau. Pesan ustaz, utamakan urusan dengan Tuhan sebelum berurusan dengan manusia. Alhamdulillah, saya direzekikan membuat hal itu hari ini. Entah macam mana, skru cermin mata pula longgar dan tertanggal. Mengenangkan saya sedang berada di KL Sentral yang ada macam-macam kedai dan kemudahan, saya bertenang-tenang sahaja. Tetapi, mencabar juga mahu mencari dalam keadaan mata yang tiba-tiba kabur. Lalu, saya bertanya kepada seorang gadis. Alhamdulillah, dia menawarkan diri menunjuk arah apabila saya beritahu keadaan yang berlaku. Subahanallah, rezeki bertemu gadis cantik dan baik di tempat yang penuh dengan manusia yang sibuk dengan macam-macam urusan. Sempat saya bertanya, beliau mahu pulang ke rumah di Gombak. Iyalah, sudah cuti semester. Doa saya, semoga beliau selamat sampai ke destinasi. Moga allah mudahkan urusannya. Selesai hal cermin mata, saya bergegas ke stesen monorel pula (selepas bertanya arah kepada petugas kacak di kaunter pertanyaan). Alhamdulillah, sekejap sahaja dah nampak sahabat saya, Tuan Edi Al Rahman yang baik. Tak terkata gembira apabila naskhah terbaru daripada penulis Tere Liye sampai ke tangan. Terima kasih, sahabat! Rupanya, Tuan Edi datang dengan rakannya yang juga dari Acheh, Tuan Sabiran. Beliau juga baru menerima ijazah sarjana (kejuruteraan elektrik) dari UKM. Subhanallah, indahnya ukhuwwah! Sempat, kami berbual selama sepuluh minit sebab beliau juga mahu bergerak ke tempat lain pula, dan saya sudah berjanji dengan abang yang sudah dalam perjalanan ke KL Sentral. Itupun, saya bertanya arah lagi kepada seorang gadis yang baik dan cantik. Sudah letih, mudah terkeliru. Jadi, saya selesaikan masalah dengan banyak bertanya. Insya-Allah, malam ini saya berjalan lagi. Beberapa jam di dalam kereta. Moga Allah melindungi perjalanan kami, amin. Seronok juga main kejar-kejar tadi. Terima kasih Tuhan.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape