Dec 4, 2015

December 04, 2015 at 09:21PM

Tersangkut di skala 5 ************* "MakMah tolong. Cerpen sangkut." Ini mesej yang saya terima pagi tadi. Alhamdulillah, saya suka meraikan mesej begini. Sebab di dalamnya ada terkandung beberapa hal tersirat : 1. Kepercayaan bahawa rakan yang dihubungi (dalam kes ini, saya) boleh membantu, 2. Harapan yang masalahnya boleh diringankan dan diselesaikan, 3. Iktiraf; beliau mengiktiraf diri dengan mencari solusi bagi meneruskan komitmen kepada karya yang sudah ditulis separuh. Sebab itu, saya raikan pertanyaan beliau. Jadi, apa yang boleh dibuat apabila proses penulisan tersangkut di skala 5? Jika rambut kusut, kita cari pelembap atau syampu yang sesuai. Bagaimana jika yang serabut itu cerpen? Ada beberapa cara boleh dilakukan. 1. Dapatkan pandangan orang yang boleh dipercayai untuk idea bagi meluruskan jalan cerita supaya ia boleh ditulis sehingga tamat. . 2. Terus beri harapan kepada diri dengan melihat semula rangka yang sudah dibuat. Susun konflik dan pusing cerita supaya kita kembali rasa ia menarik dan seronok untuk ditulis. . 3. Iktiraf diri sebagai penulis dengan memberitahu diri bahawa karya itu boleh dan mesti disiapkan. Buntu itu hanya halangan kecil, untuk kita mendapat kejayaan. Teruskan komitmen sehingga akhir. . Baca lebih lanjut pasal teknik menulis cerpen sampai SIAP di tuliscerpen101.com
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape