Dec 4, 2015

December 05, 2015 at 08:59AM

Terharu ******** Apabila membaca cerita begini, saya terharu. Ia secara tidak langsung mengingatkan kembali sebab saya mahu berkongsi, terutama pada saat-saat saya mula terlupa atau disibukkan dengan bermacam hal lain. Alhamdulillah. Seronok apabila dapat membantu capai impian orang lain. Kadang-kadang, kita pernah ada mimpi yang sama. Tetapi, terlupa kerana disibukkan dengan banyak hal yang semuanya dunia. Tersentuh. Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Sekarang, saya sedang laksanakan regim satu karya sehari. Selama 14 hari. Kemain, siap regim kau. Kejam tak bunyinya? Ya, memang kejam terutama buat orang yang baru nak mula. "Mana boleh tulis secara paksa! Nanti hilang kreatif!" Ya, orang seni itu jiwanya halus. Hilang erti seni apabila ditulis secara paksaan begini. Tetapi, kalau asyik mahu melayan rasa itu, ke mana hasil yang dikatakan bagus itu pergi? Kita akhirnya hanya syok sendiri. Sesekali, perlu juga hentam. Orang sekarang kata, sentap. Sebab menulis itu melibatkan proses berfikir. Ada masanya kita kena kejutkan fikiran supaya ia boleh 'pergi' semula, lebih jauh. Kata, nak lawan writer's block? Sedang kejar siapkan satu karya sehari juga. Mengejar sebelum dikejar. Nota: Ayah MakMah askar.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape