Dec 7, 2015

December 08, 2015 at 02:39PM

Sungguh, saya sedang terharu ************************************ Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Beberapa hari ini, saya tenggelamkan diri dalam lautan manuskrip #JodohBerdua dan kerja-kerja mengedit sebuah manuskrip. Maka, saya hanya membuka laman ini untuk klik like dan komen di sana sini. Hari ini, saya terharu apabila para sahabat di Grup Mari Menulis (Pena GMM Resources) tidak berhenti menyokong perjuangan saya. Juga, saya terkejut apabila membaca testimoni. 'Ada yang kongsikan khabar ebook TMC!' Itu fikir saya, dengan debar tak terhingga. Subhanallah, saya tak terkata! Sebenarnya, masih ada beberapa testimoni yang saya belum kongsikan. Dapatan daripada gur-guru dan sahabat saya (Cikpuan Azzah AR, Tuan Abdul Latip Talib, Tuan Bahruddin Bekri, Tuan Rafi Harumin, dan Puan Asmah Hashim). Hari ini, sahabat saya Nurdilla Zaini menambah senarai komen positif yang sungguh menggalakkan. Ia mengirim semangat luar biasa pada hari-hari suram yang menyelubungi suasana Malaysia. Alhamdulillah! Pada hari pertama saya mengumumkan pembukaan laman tuliscerpen101.com kepada umum (selepas empat hari ia dibuka secara senyap kepada semua yang sudah memberi emel di post saya beberapa bulan lepas), saya menerima testimoni daripada Tuan Ammar Muhamad. Saya tergamam ketika itu. Terima kasih kerana buat saya lebih bersemangat mahu terus berkongsi.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape