Dec 8, 2015

December 09, 2015 at 10:19AM

Mim alif lam ya ; What's is wrong with me? ***************************** Alhamdulillah, semalam saya sambung menonton saluran Quran Weekly (Surah Yasin) di Youtube. وما لي لا اعبد الذي فطرني واليه ترجعون (Yasin: 22) Dalam ayat ini, ada perkatan 'maalii', yang maksudnya 'Ada apa dengan aku?' Ya, ada ada dengan aku sehingga aku tidak mahu menyembah Dia yang mencipta aku dan kepada siapa kamu semua akan kembali? Sheikh Nouman mengupasnya, sebagai teknik menyampaikan ucapan yang penuh dengan kasih sayang. Ya, kita bercakap dahulu pasal diri sendiri sebelum mengaitkannya dengan orang lain. . Mengapa? . Sebab kita mahu disayangi. Mahu berkasih sayang sesama makhluk kerana Tuhan. . Apabila diucap begini, tiada yang akan kata kita menghukum. Ia akan jadi situasi 'self-reflect', muhasabah diri seperti yang selalu dianjurkan oleh junjungan kita Muhammad. . Benar. . Ada apa dengan Rahmah Mokhtar sedangkan dia sendiri tidak pernah ada karya bestseller? Yang ada, hanya tulisan-tulisan yang dianggap sebagai sedap dibaca oleh diri sendiri. . Sungguh. Saya bukan sesiapa. Juga tidak ada apa-apa melainkan apa yang Allah rezekikan buat saya hari ini. . Saya tidak menulis tip-tip penulisan melainkan untuk membaiki teknik saya sendiri. Juga, menyampaikan ilmu yang dikongsikan oleh guru-guru saya secara lebih khusus, pada satu genre buat yang mahu mula menulis. . Secara tidak langsung, ia juga buat saya mahu menjadi penulis yang lebih baik. . Harapan saya, semoga perkongsian kecil saya itu boleh dimanfaatkan untuk tuan dan cikpuan menulis karya-karya besar yang membangunkan jiwa. Yang mendekatkan kita kepada Tuhan. Amin. . Sebab kita semua mahu ke syurga.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape