Dec 27, 2015

December 28, 2015 at 12:16PM

Salam akhir.... Ada apa dengan 2015? 1. Aku Terima Cintanya (PTS) 2. Hadiah Buat Ibu (buku bergambar kanak-kanak) (Buku Prima) 3. Antologi Biru Langit Itu (Yadim) 4. Empat artikel di laman tazkirah.net 5. Memulakan perkongsian di grup Cerpen101 6. Pakej Ebook Teknik Menulis Cerpen: Langkah Demi Langkah Menulis Cerpen Sehingga Diterbitkan (tuliscerpen101.com) 7. Cerpen Pangkat (Mingguan Wanita, Bil 1674) 8. Empat artikel mengenai penulisan cerpen di sekolahpenulisan.com 9. Ebook Romancinta (http://bit.ly/1mduApz) 10. Cerpen Kain (Usrati) 11. Cerpen Duit Lebih (Usrati) 12. Cerpen Bubur Kasih Sayang (Usrati) 13. Bengkel Penulisan Cerpen anjuran QFM School 14. Bengkel Asas Penulisan Cerpen bersama pelajar Sekolah Tahfiz al-Kitab 15. Bengkel penulisan cerpen di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam. 16. Belajar skil baru di Bengkel Asas Indesign anjuran Skuad Misi. Alhamdulillah. Walaupun asyik terjatuh dalam banyak lubang, saya beruntung sebab boleh bangun lagi setiap kali. 2016, insya-Allah mahu lebih cemerlang. 1. Dua cerpen untuk antologi kelolaan Bonda Nor. 2. Projek Cerpen Jodoh Berdua 3. Antologi Cerpen Wanita & Rezeki 4. Ebook Set Penggalak Mujarab untuk Penulis dan seterusnya.... Mahu melangkah lebih laju dan jauh. Asah skil menulis rencana lagi. Salam terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan karya saya. Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang gigih menjual dan mempromosi karya saya, moga Allah bersama dalam setiap langkah kalian. Kepada semua pembaca yang tidak berhenti menyokong, terima kasih banyak-banyak. Buat para pengkritik yang mengikut setiap langkah saya, terima kasih sebab mengkritik dengan membina. Paling istimewa, kepada semua guru yang selalu menjawab pertanyaan-pertanyaan bodoh saya tanpa rasa jemu, moga Allah mudahkan urusan kalian. Minta maaf untuk segala kekurangan, kekasaran, dan sikap-sikap remah saya yang menyusahkan urusan kalian. Amin, amin, amin. Nota: Minta maaf kalau buat ucapan ala-ala pemenang anugerah. Juga buat ucapan terlebih awal. Mahu masuk gua sehingga awal 2016.
by Rahmah Mokhtar

from Facebook
via IFTTTfrom Facebook
via IFTTT

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape