Jun 22, 2009

#19

Abang Shah? Terpana aku seketika melihat dia yang sedang memegang lengan baju aku. Buat seketika, aku menggosok-gosok mata. Mengharapkan aku melihat orang lain usai aku membuka mata. Tetap dia. Iya, memang dia yang membantu aku tadi. Dahinya sedikit berkerut melihatku. Sejurus selepas itu, dia mula membuka mulut dan bertanya.

“Nisa? Are you okey? Kenapa ni? Tak percaya ke abang yang tarik Nisa tadi?”

Tersedar. Aku segera menggeleng.

“Eh, abang jangan fikir macam tu. Nisa cuma rasa tadi Nisa dah lama terpisah dari abang dan lain-lain. Sebab tu Nisa terkejut bila toleh, tengok abang yang tolong tadi.”

Terus bibirnya mengukir senyum.

“Abang ikut Nisa tadi. Tengok khusyuk sangat. Nanti Nisa bukan ingat jalan balik.”

Aku hanya menyeringai. Tersengih. Tanda membenarkan apa yang diucapkannya tadi.

“Terima kasih sebab abang tolong. Nisa dah tak tau nak buat apa dah tadi.”

“Sama-sama sayang.”

“Erk? Apa maksud abang ni? Main sayang-sayang pulak ni?”

Dia tersenyum lagi. Menambah kebuntuan aku.

“Abang ni! Nisa tanya, abang senyum pulak. Tak jawab soalan langsung.”

“La, nak jawab apa? Dah tercakap macam tu, senyum je lah yang abang boleh bagi sebagai jawapan untuk soalan Nisa.”

“Tak sengaja rupanya. Lega aku.” Aku mula bermonolog pada diri sendiri.

“Ehem.. Abang nak tanya satu soalan boleh tak? Dah lama abang nak tanya, tapi tak berkesempatan.”

“Apa dia? Tanyalah. Kalau mampu, Nisa jawab.”

“Emmm... Macam mana ye nak tanya? Mmmmm... Macam ni lah, bila Nisa nak pulangkan hati abang?”

“Ha? Soalan apa ni?” Tercengang aku mendengar soalannya yang tak pernah aku sangkakan.

“Tutuplah mulut tu. Nanti lalat masuk pulak.”

Segera aku mengatup bibirku.

“Aaa... aaa... Apa maksud abang sebenarnya ni?”

Dia tergelak kecil sebelum menjawab pertanyaanku.

“Yelah. Nisa dah curi hati abang sejak Nisa pinjam kasut abang dulu. Lama abang cari Nisa lepas tu. Tapi sebab abang tak tau nak cakap apa, abang diamkan aje. Jadi, boleh tak Nisa pulangkan hati, dengan kasut abang sekali?”

Sekali lagi aku ternganga. Terkejut yang amat sangat. Suatu kenyataan yang sungguh tidak disangka. Terasa mukaku panas. Pipiku pasti sudah mula merona merah.

“Arghh!! Segannya! Dia ni ke budak kecik dulu tu? Aduh, nak respon macam mana ni?”

Aku terjerit kecil bila ada tangan menyentuh bahuku. Segera aku menutup mulutku.

“Nisa ok tak ni? Abang minta maaf kalau abang buat Nisa terkejut. Abang rasa dah sampai masanya abang maklumkan siapa Nisa dalam hati abang ni. Dah tak larat rasanya nak simpan lama-lama. Meletup nanti.”

Dia berbicara laju tanpa henti. Seperti segalanya telah dirancangkan. Aku hanya terkaku, cuba mewujudkan kepercayaan dalam diri bahawa perkara yang sedang berlaku adalah benar. Fikiranku segera mengingati Azhar, yang kemudiannya memberi aku kekuatan untuk membalas bicaranya.

“Emm.. Nisa minta maaf sebab abang tunggu lama baru dapat cakap dengan Nisa. Pasal kasut abang, tunggu Nisa balik dari kampung nanti, Nisa bawa ke sini. Tapi Nisa mohon maaf awal-awal sebab Nisa tak tau macam mana nak pulangkan hati abang. Nisa juga nak maklumkan yang dah ada seseorang dalam hati Nisa, tapi bukan abang. Harap abang faham. Nisa minta maaf lagi sekali.”

“Maksudnya? Nisa dah ada seorang yang istimewa? Boleh tak kalau abang nak tahu siapa jejaka bertuah tu? Abang kenal dia tak? Sekurang-kurangnya abang boleh lega sebab tau ada orang boleh jaga Nisa yang comel tapi comot ni.”

Dia berbicara lagi dalam senyuman. Menimbulkan rasa bersalah dalam diri kerana terpaksa mengecewakan hatinya yang begitu baik padaku sejak dahulu. Sering ada di kala aku memerlukan.

“Abang tak kenal rasanya. Dia senior Nisa masa di universiti dulu. Azhar namanya. Shahrul Azhar.”

Dia senyum lagi, sambil menyembunyikan rasa kecewanya. Tampak dari senyum leretnya yang cuba diukir secara paksa. Pasrah mungkin, aku enggan berfikir lanjut. Lalu aku mengatur langkah. Perlahan. Sebagai simbolik mengajaknya pulang. Dia senyap. Tidak mengambil masa lama untuk turut mengorak langkah dalam bicara yang bisu. Hanya hembusan dan helaan nafas yang mengiringi perjalanan kami menuju ke kereta.

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape