Jun 22, 2009

#22


Kekusutan fikiran kian menebal. Simpulan-simpulan persoalan yang belum terungkai, ditambah lagi. Seperti yang dijangka, Khiriah tidak menunggu lama untuk memaklumkan kepada emak tentang aku. Kebetulan, ayah perlu ke luar kota beberapa hari atas urusan kerja. Emak langsung mengambil peluang menyuruh aku pulang. Aku tidak mampu mengelak, kerana emak menghubungi Tuan Kamal melalui Abang Adrian.

Tiba di rumah, aku dihambur dengan kata-kata makian oleh emak. Herdikan emak terhias indah dengan ritma dari suara adik yang mengambil peranan menambah kemarahan emak padaku. Aku? Menangis. Hanya itu yang mampu aku buat. Sesal kerana emak tidak pernah cuba memahami aku. Selalu berusaha mencari khilafku. Entah mengapa. Aku tidak mahu memikirkan punca semua itu berlaku. Kecil sangat aku di mata emak. Ah, hatiku menangis lagi. Lebih pedih gurisan luka kali ini. Emak bandingkan lagi aku dengan adik.

Emak: “Kau ni kan Nisa, kenapa la suka sangat nak jatuhkan air muka aku? Kau memang tak puas hati dengan aku ke apa? Ke kamu dengki dengan Khiriah tu? Mentang-mentang adik kamu belajar jadi doktor, kamu pun sibuk nak jaga orang?”

Nisa: “Saya tak pernah ada niat macam tu mak.”

Emak: “Eleh, takde niat konon. Dah tu? Dulu naik berbuih mulut aku suruh kamu ambil kursus perubatan. Nak jugak jadi engineer. Sudahnya? Kerja apa kamu buat sekarang? Jadi orang gaji orang? Kalau jadi doktor peribadi takpe la jugak. Tak tau mak nak cakap apa dengan kamu ni. Suka sangat nak malukan aku. Geramlah. Serupa je dengan arwah abah kamu tu. Malukan keluarga tak habis-habis.”

Nisa: “Apa maksud mak? Apa arwah abah dah buat? Apa salahnya saya kerja macam tu? Kan sumber halal jugak tu?”

Emak: “Yela, sumber halal la. Padahal kamu tu tak dapat cari kerja. Bila tak dapat kerja memang semua orang cakap macam tu. Takpela, yang penting halal. Dulu aku suruh belajar pandai-pandai taknak. Main je keje kamu. Ni dah susah nak cari kerja. Jadi orang gaji.”

Nisa: “Ikut mak la nak anggap saya kerja apa pun. Saya tau saya bukan anak kandung mak, tapi apa salah saya sampai mak benci saya macam ni?”

Emak: “Kau nak tau kenapa? Kau anak-beranak sama je la, tak habis-habis nak menyusahkan aku. Dah, malas aku cakap dengan kamu. Buat penat aku je.”

Emak berlalu masuk ke bilik. Khiriah mengekor langkah emak, sambil melemparkan pandangan yang cukup menjengkelkan buatku, tanda dia juga menyampah melihat aku. Sempat juga dia melontar kata sindiran.

Khiriah: “Ko ni memang la. Patut mak selalu nangis-nangis tepon aku kat sana. Rupanya dia ada anak kurang ajar macam ko. Kesian la kat mak, janganla tambah susah hati dia. Ko kerja je la jadi orang gaji kat sana, aku rasa lagi elok dari ko keje kutip air sungai dulu tu. Takde la nampak sangat ko ni pompuan kotor.”

Menyirap darah aku mendengar kata-kata dari mulut adikku yang satu itu. Tersayat hatiku.

Ayah. Kenapa jadi macam ni? Apa salah Nisa dengan mak? Kenapa adik pun tak suka kat Nisa? Ayah je yang sayang kat Nisa. Peristiwa lama tu lagi ke? Takkanlah emak masih mengingatinya? Orang-orang kampung telah lama senyap tentang cerita itu.

Fikiranku yang tidak tenang, semakin keruh. Memikirkan kata-kata emak tentang arwah abah. Apakah yang berlaku sebenarnya? Kenapa semua dirahsiakan dari pengetahuan aku. Sudahnya, aku dibiarkan tanpa sebarang punca. Berdendamkah aku dengan semua ini? Tidak, aku harus memaafkan. Mungkin aku yang salah. Membelakangkan emak. Emak yang telah banyak berkorban untuk aku. Syurga itu di bawah tapak kaki seorang ibu. Aku harus membiarkan kemarahan emak surut dulu. Berharap cuaca redup dan tenang kembali lagi. Supaya aku boleh menapak lebih jauh tanpa gusar. Menempuh dugaan mendatang dengan lebih tabah, tanpa iringan luka seorang ibu.

No comments:

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape