Jun 19, 2009

#3

Aku selamat tiba di rumah pada waktu tengah malam. Ayah yang menjemput aku di stesen bas. Dalam perjalanan ke rumah, tidak henti-henti ayah mengingatkan aku supaya banyak bersabar. Tidak ternoktah bait-bait nasihat dari mulut ayah. Pelbagai kata-kata pemberi semangat meluncur laju dari bibir ayah. Sebagai tanda ayah memahami aku yang pastinya kecewa. Sedih. Sesal. Reaksiku? Aku hanya diam dan mengangguk. Mata sudah terlalu berat. Kepala juga terasa sakit. Lantaran aku banyak menangis siang tadi.Baru sahaja kaki memijak halaman rumah, terdengar suara emak.

Baru sahaja kaki memijak halaman rumah, terdengar suara emak.

“Ha, sampai jugak kau. Ingat hilang sekali dengan kereta tadi. Lain kali biar sekali pintu rumah tu tak berkunci”. Sindir ibu. Perit rasanya. Tersentak aku. Aku berdiam sahaja. Aku hulurkan tangan dan menyalaminya. Tiada langsung kata-kata pujukan yang menyenangkan keluar dari mulut mak. Walau sudah biasa dengan situasi itu, hati aku tetap menangis. Doa seorang ibu, hanya itu yang aku minta.

“Tiadakah langsung sekelumit rasa sayang emak pada aku? Marah benarkah mak padaku kerana peristiwa itu?” Entahlah. Aku diam lagi. Bimbang peristiwa perit itu diungkit kembali. Langkah diatur menuju ke bilik.

“Awak ni. Anak tu baru sampai. Tak payahla awak nak bising-bising. Benda dah nak jadi. Alhamdulillah budak tu tak apa-apa”. Kudengar suara ayah membela.

“Itulah awak. Manjakan sangat anak awak yang sorang tu”. Pantas emak membidas kata-kata ayah.

“Dah anak saya, mestilah saya sayang. Saya manjakan. Kalau bukan saya, siapa lagi? Yang awak tu pun, berlembut la sikit dengan anak tu”. Jawab ayah lagi.

“Kenapa pulak? Dia tu kan anak awak, Khiriah sorang je anak saya.” Tukas emak pula.

“Ish, sudah-sudahla awak pun. Kecik hati budak tu kalau dia dengar.”

“Biar je dia dengar, elok la. Sedar diri sikit. Sama je dengan arwah abah dia tu perangainya. Bapak borek, anak rintik. Ini baru kereta hilang. Esok-esok benda lain pulak. Entah-entah dijualnya, bukan orang curi.”

“Ke situ pulak dia. Cakap dengan awak ni sampai bila-bila pun tak sudah. Tak habis-habis mengungkit hal lama. Sudahlah, saya nak masuk tidur”. Ayah lantas menutup bicara. Menyedari emak mula membangkitkan peristiwa lama.

Pedih hatiku mendengar bicara emak. Terharu juga dengan ayah yang tidak henti-henti membelaku. Biarlah, semoga semuanya pantas berakhir. Tabahkanlah hamba-Mu ini, Ya Allah.

2 comments:

comei said...

uishk
mak die xsuke die ke?
ala de double standard ke?
ciannyer

rahmahmokhtaruddin said...

cik comei: hmm.. nmpknye mcm tu la gayanya..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape