Jun 19, 2009

#6

Nur Khairunnisa binti Ahmad. Nama gadis itu. Pelajar tahun tiga program Kejuruteraan Kimia di Fakulti Kejuruteraan, UKM. Seorang gadis yang sentiasa kelihatan seorang diri. Dia kelihatan seperti hidup dalam dunianya sendiri. Terkadang, aku melihat ada garis duka di wajahnya. Namun, semua itu berjaya diselindungkan dengan perilakunya yang sentiasa cuba diceriakan. Walaupun keseorangan, dia kulihat tidak pernah lokek dengan senyuman. Rajin senyum kepada pensyarah dan orang-orang yang lebih tua darinya.

Sikapnya itu yang aku suka. Ceria, tetapi cemerkap. Sering benar dia terlanggar orang tanpa disedari. Kakinya begitu mudah tersadung, walaupun tersepak kaki sendiri. Mungkin fikirannya itu sentiasa tidak di bumi nyata. Bagai berada di alam fantasinya sendiri. Entah mengapa. Sikap itulah yang sering membuat aku tersenyum. Hatiku mudah dipagut riang melihat perilakunya itu. Cukuplah dengan melihat wajahnya, sudah mampu menggembirakan hariku untuk sehari. Sudah cukup untuk menghidupkan semangat aku mengharungi cabaran dan ujian hidup.

Tetapi, aku cuma berani melihatnya dari jauh. Laman blognya menjadi santapan mata dan mindaku setiap hari. Cukuplah mengenalinya melalui tulisan ketika ini. Suatu hari nanti aku akan menyunting dirinya juga, andai jodoh itu ada. Sekarang, aku perlu menjadi seseorang terlebih dahulu. Barulah aku akan mendekatinya. Setakat ini, hanya itu yang aku mampu - mendekatinya secara maya. Belajar membaca minda dan fiilnya yang dianggap pelik oleh teman-teman sekeliling. Biarlah apa juga yang mereka kata. Aku tahu hatiku tertarik pada dia. Aku tahu dialah yang satu.

Mamat jiwang? Itulah panggilan Azman, teman karibku setiap kali aku berhadapan dengan gadis kecil yang lurus itu. Entah mengapa, ada ketikanya aku juga pelik. Segalanya tebang. Hilang entah ke mana bila aku terlihatkan dia. Lucu. Sudah pasti semua orang akan mentertawakan aku. Mana ada lagi pencinta sejati seperti ini? Tega menjadi pencinta setia. Sungguh tidak boleh diterima akal. Banyak lagi perkara lain boleh dilakukan selain ini. Hanya membuang masa. Tetapi, itulah yang sering aku buat. Itulah yang selalu menjadi pilihan.

Hari ini, genap 6 bulan aku menjadi pemerhati bebas. Menyayanginya dari jauh. Memberi pendapat, nasihat dan kata-kata semangat buat dirinya bila-bila perlu. Dia juga kuperhatikan senang dengan keadaan begitu. Tiada teman yang terlalu rapat, hanya dia dan laptopnya – dan hidup ditemani kawan-kawan yang wujud di alam siber.

“Oi, romeo! Sudah-sudahlah. Hentikanlah perangai ko dok tengok minah pelik campur lurus tu dari jauh. Takkan bagi hati sekali dengan kasut kot? Nak kawan gi la dekat, kenalkan diri. Ni hari-hari dok pandang anak orang tu sampai tak ingat benda lain. Naik bosan aku dengan ko ni mat.”

“Ala ko ni, bukannya aku susahkan ko pun. Tak luak pun budak tu kalau aku tengok. Bukannya aku usik dia pun. Aku bukan apa, aku tak nak ganggu hidup dia. Sebab aku tau dia takkan terima aku kalau aku kenalkan diri sekarang ni.”

“Sukati ko lah Labu. Aku nasihat je. Jangan angau tahap melampau sudahlah. Asal tak mengganggu fokus dan hidup ko, aku tak kisah.”

1 comment:

comei said...

hohoho
ade secret admirer hihi

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape