Jul 2, 2009

#32

EPISOD 32

Abang Shah: Hai sayang! Kenapa masam-masam ni? Bila abang datang mesti sayang buat muncung tikus macam ni. Sayang tak kesian kat abang ke? Senyum la sikit, penat tau abang datang hari-hari tengok sayang macam ni je selalu. Dah la kat pejabat macam-macam masalah. Datang sini sayang abang ni tak tolong pulak redakan sakit kepala abang ni. Ape la nasib..

Erk? Dia buat lagi! Sakitnya kepala aku mengadap mamat ni. Tak faham betul. (Sekadar monolog dalaman).

Nisa: Kalau dah tau sakit kepala buat apa abang datang sini? Balik la rumah tido. Buang masa je pun datang sini, kan? Kat pejabat abang tu melambak keje, pergi la buat. Menetap sampai malam pun takpe. Kalau rasa masa tak cukup, tido je kat sana. Senang.

Abang Shah: Hahaha. Ada pulak macam tu. Kelakar la Nisa ni. Sebab tu la hati abang ni jatuh sayang kat Nisa. Makin tengok makin comel. Pandai betul la Nisa hiburkan hati abang. Kalau macam ni entah bila la abang nak dapat balik hati abang kan?

Aisey, bala. Niat nak bagi sakit hati dia melalut pulak dah. Lari! Kak Ana, tolong! Idea, idea, cepatla datang. (Monolog dalaman).

Nisa: Saya, Mak Limah! Saya datang ni!

Segera aku berlari ke dapur sejurus menjeritkan kata-kata itu. Mak Limah di dapur melopong melihatkan aksiku yang sedikit luarbiasa di matanya.

Mak Limah: Bila masa aku panggil kamu? Tak pernah-pernahnya aku panggil. Dok menyahut tak memasal tu kenapa?

Nisa: Hehe. Takde panggil ke? Nape saya rasa macam dengar Mak Limah panggil tadi?

Mak Limah: Takdenye. Macam-macam hal kamu ni. Sehari tak mengarut tak sah.

Nisa: Ala, dari dulu lagi kan saya macam ni. Dah alang-alang saya datang ni, ada apa-apa tak yang saya boleh tolong?

Mak Limah: Nak tolong? Haa..tolong hantar air ni untuk si Shah kat depan tu. Dari tadi dia sampai, tak minum-minum lagi. Kesian pulak tengok dia, penat sangat nampaknya. Risau pulak Mak Limah ni, kamu tak risau ke kat dia tu Nisa?

Nisa: Hoh? Apakah? Takpela macam tu. Saya tiba-tiba sakit perut pulak. Mak Limah je la yang hantar air tu ye? Adui, sakitnya perut!

Sekali lagi aku marathon, berlari ke bilik. Dengan alasan ‘sakit perut’ yang dibuat-buat. Niat untuk melarikan diri dari Abang Shah rupanya tidak menjadi. Lagi disuruh menjamu minum pula. Alamat bertambahlah mendung kat langit hidup aku kalau aku menghidangkan air untuknya tadi. Langsung aku memerap di bilik, mengharapkan sesudah aku keluar nanti tiada lagi kelibat jejaka bernama Shah di rumah ini. Begitulah keadaannya setiap kali. Jika dia hadir bersama Kak Aina, aku akan lebih kelam-kabut. Menghadapi dua pandangan berbeza – satu pandangan marah yang dikuasai nafsu lawwamah (moga tidak sampai ke tingkat nafsu ammarah), dan satu lagi pandangan bening yang mengharap kasih.

Untuk meredakan keadaan, aku sekali lagi memohon cuti untuk tempoh dua minggu lamanya. Berhajat pulang ke Merlimau, mencari tenang. Tidak berhasrat menggunakan gelaran sebagai bakal menantu Tuan Kamal, sekadar berniat meleraikan kekusutan diri di kampung halaman. Boleh tenangkah? Mungkin. Adik sudah pulang ke Indonesia. Emak pula sudah lama tidak ambil pusing apa-apa yang berlaku. Kak Aina dan Abang Shah? Usaha mereka tidak akan ke mana-mana kerana selalunya adiklah yang paling merunsingkan aku. Aku sering terkesan dengan kata-katanya. Mudah sungguh airmata menitis bila-bila sahaja adik menuturkn bicara kasar. Maka, jika aku tiada di Sungai Manik, aku tidak perlu berhadapan dengan mereka berdua saban waktu. Kemungkinan untuk aku berada dalam keadaan yang lebih baik adalah lebih tinggi jika aku jauh dari kawasan ini.

Tuan Kamal yang sememangnya maklum keadaan yang mendera, memberi kebenaran walau Kak Ana dan Mak Limah sedikit melarang. Sebabnya, mereka agak sibuk dengan persiapan perkahwinan. Tambahan pula, Dr. Fahmi ada urusan penting di luar negara buat beberapa hari. Mereka khuatir terleka dan mengabaikan kesihatan Tuan Kamal. Bukan aku tidak gusar, tetapi jika aku di sini aku juga tidak banyak membantu. Fikiran sering tidak di sini. Selalu sahaja tersalah tingkah, tersilap perilaku. Kak Aina sering datang membuat kacau di belakang Kak Ana dan Mak Limah. Maka, mereka tidak pernah tahu apa yang berlaku di antara kami. Mereka tak pernah tahu kesusahan aku untuk mengawal keadaan supaya terus jernih seperti selalu. Akhirnya Tuan Kamal meyakinkan mereka segalanya baik, supaya mereka dapat melepaskan aku pergi dengan lebih rela.

**Nafsu lawwamah: Lebih tinggi tingkatnya berbanding amarah, tetapi masih tidak jauh bezanya daripada nafsu ammarah dilihat dari sudut pelakuan orang dipengaruhinya. Lawwamah ialah nafsu yang suka mengajak dan menyuruh orang melakukan kejahatan.

**Nafsu ammarah: Tingkat nafsu paling rendah yang menyeru manusia melakukan kejahatan kerana dibayangi perlakuan syaitan dan iblis yang sesat lagi menyesatkan.

Sumber: http://glimpseofwords.blogspot.com

1 comment:

MaY_LiN said...

nape la sume org cenggini..
saje je abg shah ni..
org tamo nak paksa2 lak..
hihihi

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape