Jul 5, 2009

#35

Kami banyak diam dalam perjalanan. Rasanya, inilah kali pertama aku berpeluang duduk begitu hampir dengannya. Ya, kali pertama! Sedang dia bakal melafazkan akadnya untuk memiliki diri ini secara sah sebagai seorang isteri tidak berapa lama lagi. Kali pertama juga aku melihat wajahnya dari dekat. Tenang sungguh. Persis ayah.

Akram: Kenapa Nisa tengok abang macam nak telan? Ada apa kat muka abang ni? Hensem sangat ke?

Dia berbicara dalam senyuman. Matanya tetap dihalakan ke jalanraya di hadapan. Tidak teralih sedikit pun. Fokus. Tapi aku tahu ekor matanya memerhatikan aku. Merah pipi aku mendengarkan bicaranya. Rupanya dia tahu aku memerhatinya sedari awal perjalanan tadi lagi.

Nisa: Mana ada Nisa tengok abang. Nisa tengok.. aaa... tengok, tengok kat luar tingkap tu. Bila pulak Nisa cakap abang hensem?

Dia ketawa mendengar bicaraku. Cukup bersahaja. Tidak pernah aku melihat dia ketawa. Satu rasa senang menjalar dalam hati. Tanpa sedar aku turut tersenyum. Semua peristiwa gawat yang berlaku dari padi tadi perlahan-lahan terbang dari fikiran.

Akram: Kan cantik kalau senyum. Risau abang tengok muka Nisa pucat sangat tadi. Nak singgah mana-mana tak minum dulu?

Nisa: Tak payahla abang. Nanti lambat pulak, nak jenguk Tuan Kamal.

Akram: Hmm..tak payah la risau pasal ayah abang. Dah stabil pun tengahari tadi. Masa Kak Ana telefon Nisa tu ayah dah okey pun.

Nisa: Owh, yeke? Alhamdulillah. Abang tak salahkan saya ke? Saya cuti lama-lama tak jaga ayah abang.

Akram: Takdelah. Kenapa pulak nak salahkan Nisa? Bukan salah Nisa pun. Kalau nak ikut salah, abang ni lagi salah sebab abang sebagai anak tak jaga dia.

Nisa: Abang jaga bisnes dia, sebab tu abang gajikan saya untuk jaga ayah abang. Jadi, saya la yang salah sebab saya tak jaga amanah yang keluarga abang bagi pada saya.

Akram: Nisa, jangan cakap macam tu boleh tak? Abang tak suka. Kan Nisa cuti masa ayah sakit. Jadi bukan salah Nisa. Lagipun ayah dah bagi Nisa kebenaran untuk cuti panjang.

Nisa: Yelah, Nisa tak cakap macam tu dah.

Suasana kembali senyap. Alunan muzik mengambil alih bicara kami. Spring. Sejiwa tajuknya. Sudah lama telingaku tidak didendangkan dengan lagu-lagu sebegini. Evergreen. Minatku dari dahulu lagi. Lirik lagu-lagu lama sering dipenuhi maksud yang sungguh bermakna. Aku suka. Biarlah jika orang lain menganggap aku seorang yang ‘jiwang karat’ kerana sukakan lagu mendayu-dayu dengan lirik yang sering dianggap ‘meleleh’ sebegini. Yang aku pentingkan makna dan keindahan bahasanya.

Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

----------------------------------------

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

----------------------------------------

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa.

**Lirik lagu bukan sepenuhnya, harap maklum.

1 comment:

MaY_LiN said...

huhuhu...
naik keta sesama..
tamo g date ke..?
pandai abg akram..
nk ajak nisa melencong yea..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape