Aug 11, 2009

KISAH 11


Petang itu, aku menyambutnya di muka pintu seperti selalu. Cuma kali ini aku tidak perlu berusaha kuat untuk memaniskan muka, kerana aku masih dalam keadaan ceria dengan ‘kepulangannya’ tadi. Dia juga tersenyum riang, bagai tidak pernah ada masalah yang membelenggu hidup. Seperti empat hari sunyi yang lepas tidak pernah wujud. Tidak pernah kami lalui. Aku segera menyalami dan mencium tangannya. Kemudian dia mengucup tanganku. Lembut penuh kasih. Mengucap kata-kata maaf dan rindu. Terharu lagi aku. Memang dia prihatin pada keinginanku. Aku yang manja. Aku yang cengeng.

Dalam kegembiraan yang tak terucap, terselit sedikit gusar. Hati meronta-ronta ingin mengetahui punca sikapnya yang berubah tiba-tiba. Mengharap ia tidak berulang lagi. Aku perlu tahu kerana aku isterinya. Jika selama ini dia setia menemaniku, kini tiba masanya untuk aku meluangkan waktu, menyediakan diri mendengar luahan rasanya supaya hubungan kami yang sedang mekar tidak kuncup sebelum waktu. Gangguan luar yang tidak patut harus dielakkan. Ikatan ini perlu dilandaskan kepada kepercayaan dan kebenaran, agar ia selalu cantik tersemai dan tumbuh segar dalam jiwa, merimbun dalam taman hati. Maka, keluarga yang harmoni dapat dilahirkan, sebagai asas kepada sebuah ummah yang cemerlang.

Nisa: Hai abang. Seronok tengok abang ceria macam ni. Ni air untuk abang. Semoga hilang penat seharian kat pejabat.

Abang Shah: Hai sayang. Terima kasih. Hilang dah penat bila tengok muka sayang. Sorry abang abaikan sayang beberapa hari ni. Tak sengaja, ada masalah sikit kat kilang.

Nisa: Masalah? Masalah apa bang?

Abang Shah: Mesin sulam rosak. Masa ada tempahan penting nak kena siapkan pula. Pening juga nak menjawab dengan pelanggan tu. Kena tengking juga la mula-mula. Nasib baik Akram tolong selesaikan. Abang uruskan mesin lepas tu. Deal dengan engineer yang ada, minta dia baiki cepat-cepat. Mujur juga alat ganti ada dalam pasaran. Baru selesai semalam.

Nisa: Ooo.. peningnya masalah tu. Alhamdulillah dah selesai. Ayah macam mana? Dia tau tak pasal tu?

Abang Shah: Ayah tak tau. Kami pakat tak bagitahu. Nanti dia risau jadi macam kes lepas pulak.

Nisa: Owh. Ok. Kalau semalam dah selesai, kenapa abang moody lagi semalam? Penat ye? Maaflah Nisa tak dapat tolong abang.

Abang Shah: Memangla dah selesai semalam. Tapi hal Nisa belum settle lagi. Mana boleh tenang, kan?

Nisa: Aaaa. Nisa susahkan abang lagi kan? Minta maaf sangat-sangat abang. Abang selalu kena buat macam-macam untuk Nisa, tapi Nisa tak pernah buat apa-apa untuk abang.

Abang Shah: Tak sayang, Nisa tak pernah susahkan abang. Siapa cakap Nisa tak pernah bagi abang apa-apa? Abang bahagia Nisa ada dalam hidup abang. Nisa bawa cahaya dalam hidup abang. Pasal masalah Nisa,tu kan tanggungjawab abang?

Nisa: Terima kasih abang, untuk kepercayaan abang yang tinggi tu. Abang naik mandi dulu ok? Nanti kita cerita lagi. Makan lewat-lewat nanti masuk angin pulak.

Abang Shah: Baik sayang. Takut nak dengar pasal Azhar ye?

Dia mengusik sambil mengenyitkan mata. Aku tersenyum sahaja dengan usikannya. Tawar.


1 comment:

MaY_LiN said...

hikhikhik..
yeay..yeay..
da baik..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape