Aug 13, 2009

KISAH 14


Benarkah apa yang kulihat? Diakah Shahrul Azhar? Tak mungkinlah. Berkali-kali aku menggosok mata, wajah yang dilihat tetap sama. Mustahil. Tapi itulah yang berlaku. Mengapa? Semakin banyak persoalan menyerang benak. Kenapa dia? Tiadakah orang lain yang mengganggu rumahtangga kami? Kenapa aku harus melihat wajah itu? Wajah yang sama? Atau ada sesiapa yang sengaja ingin menguji kami? Kepala yang penuh dengan pertanyaan, membuatku aturan langkahku tidak menentu. Sedikit menggigil.

Entah sebab apa, dia menoleh. Melihatku, dia turut tersentak. Kami berdua terkejut. Tak tahu apa yang harus dikatakan, tetapi dia melangkah ke arahku. Memapahku berjalan ke mejanya, lalu kami duduk. Masih dalam kejutan yang sama, dia juga gagal menutup rasa itu. Jika benarlah apa yang dilihat, tidak mustahil dia menyimpan rasa pada isteriku. Kebiasaan yang selalu terjadi, berkongsi rasa yang sama, naluri yang serupa. Bukti? Melihatkan dia yang segak dan selesa berkemeja biru, aku sudah tahu dia suka dengan warna itu. Macam aku juga. Biru itu paling cantik, melebihi segalanya. Orang sekeliling menoleh, kemudian tersenyum sebelum meneruskan urusan masing-masing. Tidak mahu mengambil tahu hal kami berdua, yang masing-masing dilanda kekejangan fikiran!

Perjumpaan yang sepatutnya hangat dengan perbincangan perihal perasaan kami berdua, bertukar menjadi senyap. Sunyi menyelubungi meja kami. Perkara tentang Nisa tak terluah dari mulut. Nampaknya tujuan pertemuan ini gagal direalisasikan, kerana ada hal lain yang mendepani. Perkara lain yang lebih penting untuk dibicarakan, yang sedang mengganggu benak kami berdua. Asal-usul kami berdua. Sebab? Wajah kami berdua terlalu sama. Yang membezakan hanya dia memiliki sebutir tahi lalat pemanis di sebelah kanan, atas bibirnya. Itu pasal wajah. Minat? Biru. Sama sepertiku! Naluri? Serupakah? Jawapannya harus iya, kerana dia mencintai isteriku. Ya, dia menyayangi Khairunnisa binti Ahmad! Apakah benar aku punya seorang saudara kandung? Kembar?

Kehadiran pelayan restoran mewujudkan semula suasana. Bermula dengan pertanyaan menu, kami mula bertukar bicara. Puncanya? Kami tergelak, saat mulut kami sama-sama menyebut menu yang sama ketika mebuat pesanan. Mee goreng basah, telur mata, minyak kurang! Air? Teh O nipis, betul-betul nipis tau, kurang manis. manis-manis saya tak minum. Haha. Citarasa yang sama. Setelah itu, tiada lagi rasa kekok yang menerpa. Pelayan itu ikut gelak sama melihat telatah kami berdua. Mana tidaknya, serupa dari bawah ke atas. Sesiapa pun akan menumpang gembira jika berada dalam situasi ini.

Bicara kami lama-lama semakin rancak. Hubungan darah yang menjadi pengikat mewujudkan suasana yang sangat mesra. Tidak menunggu lama untuk bercambah dan tumbuh mewangi. Kisah masing-masing ketika usia muda remaja dibentangkan. Bertukar-tukar. Seronok rasanya mengetahui kewujudan seorang saudara kandung. Memang anugerah yang tak ternilai, apatah lagi buat insan yatim seperti kami yang sering menumpang kasih orang. Sedar tak sedar, isu Nisa yang sepatutnya menjadi topik utama perlahan ditolak pergi dari ruang fikiran. Sepertinya tiada perselisihan yang perlu diselesaikan. Aku sedikit rawan, khuatir bagaimana harus menyampaikan kisah ini kepada isteriku. Juga sedikit bimbang yang pertemuan semula ini bakal menyemarakkan kembali kasih yang pernah tersemai dalam hati mereka berdua.


8 comments:

rahmahmokhtaruddin said...

about the twin thing: thanks to MaY_LiN for the idea.. great one!! hehe.. :)

Che Sue said...

salam sis,
shah ada kembar rupe2nyer...
macamana lah agaknya penerimaan nisa about this thing yer..?

nak gak tahu cara yg shah ambik tuk selesaikan kemelut dia, shahrul azhar n nisa...

btw what is the full name of abg shah..? ke sya yg terlompat baca ataupun memang langsung belum mention kat dlm penceritaan rahmah lag...?

rahmahmokhtaruddin said...

hm.. insya allah xde gaduh2.. adik beradik pun..
abg shah? shahizul anuar bin abdullah, ada dlm episod 43, khairunnisa 1.

Che Sue said...

patut la...
sya ter'confuse' ckit...
nama pun dekat-dekat~~

thanks rahmah for the info....

MaY_LiN said...

[~_~]
hihihi..
pandai rahmah wat sume poning pale..
kompius bagai..
huhuhu

rahmahmokhtaruddin said...

welcome.. haha.. kdg2 sy pun pening ms nk tulis.. so, jom semua pening ramai2.. hehe..

comei said...

fuyoooo MaY_LiN
ada saham rupanya dlm novel ni ya?
nanti nak minta tolong juga la ye!

sis rahmah, mmg betui2 twins ke? aduyai jgnla nnt abg shah mati ke pas tu azhar dpt si nisa tu
xmo la gtu
nak nisa ngn abg shah je hihihi

rahmahmokhtaruddin said...

hehe.. mintak comei, jgn x mintak..
best jugak amek idea dr komen2 kawan2..

tggu next entri ye comei?
sm2 kite tggu pe jd kt nisa nanti..

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape