Sep 8, 2009

KISAH 25


Peluang mendekati Nisa sewaktu ayah sakit aku anggapkan sebagai sebuah kenangan yang paling indah. Melihat wajahnya dari dekat, justeru meyakinkan hati yang selama ini berteka-teki. Memang. Dialah yang dapat mengubat lara, mengisi ruang kosong dalam hati ini. Dialah yang aku harapkan menjadi penghias hati, pelengkap diri yang bakal menyempurnakan hari-hariku yang selalu sepi. Rindu. Satu rasa yang sudah lama tidak menghuni hati itu kembali lagi. kalut juga rasanya sewaktu menerima pesanan ayah untuk menjemputnya dari Melaka. Tetapi, kegembiraan mengatasi segalanya. Aku sedikit teruja, membayangkan peluang menghabiskan waktu sejam dua bersamanya nanti. Aku berpeluang mendengar suaranya yang manis itu! Sah! Memang aku angau.

Hampa. Itulah yang berlaku kalau niat tak betul. Sememangnya niat tidak akan menghalalkan cara! Ayahnya memaklumkan yang dia baru sahaja bertolak tidak sampai 15 minit sebelum aku tiba! Salah aku juga, tidak memberitahu lebih awal tentang kedatanganku untuk menjemputnya. Mujur juga aku bawa kereta besar, berkuasa tinggi. Sempatlah aku mengejarnya. Memaklumi sikapnya yang kurang berhati-hati, risau juga aku. Pasti dia tidak boleh fokus dengan baik dalam pemanduannya, memikirkan keadaan ayah. Ah, mungkin fikiran aku semata-mata, sedang dia berkeadaan baik-baik sahaja.

Baru sahaja bersangka baik, aku menyaksikan sebuah kemalangan. Kecuaian sendiri rasanya. Gerun aku melihat kereta Kancil yang aku perhatikan sejak tadi berpusing-pusing di atas jalan. Alhamdulillah, tidak terlanggar bahu jalan. Berasap juga tayarnya setelah berdecit kuat mencengkam jalan tadi. Cepat-cepat aku berhenti di lorong kecemasan, menghubungi pihak peronda lebuhraya. Dalam hati, tidak putus-putus aku mendoakan dia selamat. Tingkap keretanya aku ketuk, menghadirkan semula dirinya ke alam nyata. Menghilangkan kejutan yang baru sahaja dia alami sekejap tadi. Pucat sungguh wajahnya. Segera aku ambil tindakan yang sememangnya patut aku buat dalam keadaan seperti ini. Menyuruhnya menaiki keretaku, dan menyerahkan Kancilnya kepada pihak peronda untuk sebarang pembaikian. Masih jelas dialog bicara kami dalam kepalaku. Sedaya mungkin dia menolak bantuanku, dan seboleh mungkin aku yakinkan dia supaya mengikutku. Comel betul dia ketika itu.

Akram: Boleh drive lagi tak ni? Kalau tak boleh, biar abang yang drive.

Nisa: Eh, takpela bang. Kereta abang nanti siapa nak bawak?

Akram: Tak, maksud abang. Kita balik dengan kereta abang. Kereta Nisa ni, kita tunggu peronda lebuhraya datang. Abang dah telefon trak penunda lebuhraya tadi. Nanti kita minta dorang hantar kereta tu ke bengkel. Esok-esok kita ambil la kereta tu.

Nisa: Tak payahla abang. Kereta saya ni ok je. Takde rosak apa-apa pun. Tak sempat pun nak rempuh divider tadi.

Dia membisu sahaja dalam perjalanan. Sedikit meresahkan. Sudahnya, aku berkeputusan membuka topik perbualan. Sukar juga mencari alasan memulakan bicara. Bimbang tersadung, tidak bersambut. Alhamdulillah, dia memerhati aku. Cukup lama. Mendatangkan idea nakal untuk aku berbual.

Kenapa Nisa tengok abang macam nak telan? Ada apa kat muka abang ni? Hensem sangat ke?

Persoalan nakal yang menjelma dalam fikiran aku luahkan tanpa berfikir panjang. Setelah diutarakan, aku agak menyesal kerana soalan yang aku tanyakan sungguh tidak sesuai. Hanya itu yang terjeda, kerana dadaku sedang bergetar hebat lantaran menyedari diri diperhatikan oleh si gadis pujaan dalam jarak sedekat ini! Tetapi aku buat-buat tak endah, berpura-pura fokus dengan pemanduan. Bimbang juga aku tersalah cakap, tapi itu yang terluah. Lucu juga bila diingat-ingat.

Lega. Dia tidak kisah. Bertitik-tolak dari situ, bicara kami berlanjutan. Panjang. Sehinggalah tiba di Hospital Puteri di Ipoh. Satu kenangan yang dikira mencukupi untuk aku yang sedang ditimpa perasaan. Sangat jelas semua ini salah. Aku tahu itu, tetapi aku tak berupaya melupuskannya dari ingatan. Mengingati dirinya merupakan salah satu cara terbaik yang aku dapat andai berhadapan kekusutan kerja yang menekan. Maafkan aku Shah, kerana aku gagal menghalang diriku sendiri. Aku tak berjaya membuang rasa yang satu itu dari hatiku, yang tercipta indah buat isterimu. Maafkan aku.


4 comments:

Sue said...

ala akram jgn la dikenang coz nisa kan somebody's wife....

tu la dulu tak mau confess kan skrang dah nyesal tak dapat si nisa tu...

belum conflict lagi nih coz nisa n syah tak tau...

hahaha...baru tau yg selama nie akram memang sukakan nisa...

MaY_LiN said...

aduhai~
akram angau kat nisa..

Hana Norisa said...

akram ketahuilah bahawa nisa tu dh jadi milik org laen pun...terima lah hakikat itu..

comei said...

hurm, cinta itu ssgh menyesakkan jiwa mereka ni ek?
cian lak kt akram huhuhu